Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
ROYAL BRUNEI LAND FORCE HELD LUNAR ECLIPSE PRAYERS


BERAKAS GARRISON, Wednesday, 26 May 2021 – Muslims across the country did not miss the opportunity to perform the lunar eclipse prayers in conjunction with the first total lunar eclipse since the last one was experienced in July 2018. The Royal Brunei Land Force (RBLF) held mass lunar eclipse prayers at the suraus at all RBLF camps to mark the occasion.

The ceremonies began with mass Maghrib prayers followed by mass lunar eclipse prayers. The ceremonies then proceeded with sermons delivered by personnel from the Religious Department of Royal Brunei Armed Forces (JAMA'AT) and concluded with mass Isya' prayer. 

The ceremonies aim to seek mercy and appreciate the greatness of Allah SAW as well as to practice recommended Sunnah.  





TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN SEMBAHYANG SUNAT GERHANA BULAN

BERAKAS GARISON, Rabu, 26 Mei 2021 – Umat Islam di seluruh negara telah  mengambil peluang untuk menunaikan Sembahyang Sunat Gerhana Bulan bersempena dengan gerhana bulan yang pertama dari yang terakhir dialami pada bulan Julai 2018. Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) juga telah mengadakan Sembahyang Sunat Gerhana Bulan secara serentak di semua surau-surau Perkhemahan TDDB. 

Majlis dimulakan dengan Solat Fardhu Maghrib berjemaah dan diikuti dengan Solat Sunat Gerhana Bulan. Majlis diteruskan dengan bacaan Khutbah yang dibacakan oleh anggota dari Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT), dan kemudian di akhiri dengan Solat Fardhu Isya' berjemaah. 

Majlis ini diadakan bertujuan untuk memohon rahmat dari Allah SWT dan memuliakan tanda-tanda kebesaran-Nya serta mengamalkan amalan-amalan Sunnah yang dianjurkan.