Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
COMBAT SERVICE SUPPORT ROYAL BRUNEI LAND FORCE HELD IFTAR WITH FORMER COMMANDANT, DEPUTY COMMANDANT AND REGIMENT SERGEANT MAJOR


BERAKAS GARRISON, Friday, 30 April 2021 – Combat Service Support Royal Brunei Land Force (CSS RBLF) organised an Iftar with Former Commandant, Deputy Commandant and Regiment Sergeant Majors (RSM) of CSS RBLF. The event was held at Surau Al-Faizun, Berakas Garrison.

Present among the invited guests at the event was Yang Dimuliakan Pehin Datu Inderasugara Brigadier General (Retired) Datu Paduka Awang Haji Mohd Yusof bin Abu Bakar.

The event commenced with a group photo followed by the recitation of Surah Yaasin and Tahlil. The event continued with Iftar and performing of mass Maghrib prayers. The event then preceded to the VIP Room for dinner followed by the presentation of souvenirs by the Commandant of CSS RBLF to all former Commandant, Deputy Commandant and Regimental Sergeant Majors of CSS RBLF.

This event is an annual activity for CSS RBLF which is usually carried out during the month of Ramadhan. It aims to appreciate and commemorate the services rendered by the former Commandant, Deputy Commandant and RSMs as well as to strengthen the bond with the personnel of CSS RBLF.



KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS BERSUNGKAI BERSAMA MANTAN-MANTAN KOMANDAN, TIMBALAN KOMANDAN DAN SARJAN MEJAR REJIMEN

BERAKAS GARISON, Jumaat, 30 April 2021 – Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) telah mengadakan Majlis Bersungkai bersama mantan-mantan Komandan, Timbalan Komandan dan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) KBK TDDB. Acara diadakan di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison.

Di antara jemputan khas yang hadir ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Inderasugara Brigedier Jeneral (Bersara) Datu Paduka Awang Haji Mohd Yusof bin Abu Bakar.

Majlis dimulakan dengan bergambar ramai dan membaca Surah Yassin dan Tahlil. Majlis diteruskan dengan berbuka puasa dan Solat Fardhu Maghrib berjemaah. Majlis kemudian bergerak ke bilik VIP Surau Al-Faizun bagi acara makan malam dan diteruskan dengan penyampaian cenderahati yang telah disempurnakan oleh Komandan KBK TDDB kepada mantan-mantan Komandan, Timbalan Komandan dan SMR KBK TDDB.

Majlis ini merupakan aktiviti tahunan KBK TDDB yang lazim dilaksanakan pada setiap bulan Ramadan. Antara objektif majlis ini dilaksanakan adalah sebagai penghargaan dan memperingati jasa bakti bagi mantan-mantan Komandan, Timbalan Komandan dan RSM yang terdahulu selain mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama dengan anggota KBK TDDB.