Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
THIRD BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE HOLDS SENTUHAN KASIH


LUMUT CAMP, Friday 30 April 2021- Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) held an Iftar event for 16 orphans and 6 children with special needs at the Officer's Mess, Lumut Camp.

Present as the guest of honour was Yang Mulia Lieutenant Colonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Commanding Officer of 3Bn RBLF, accompanied by his spouse. Also present were Deputy Commanding Officer, Officers Commanding, Regiment Sergeant Major (RSM) and Drill Sergeant Major (DSM) of 3Bn RBLF together with their spouses as well as the families of the celebrated orphans and children with special needs.

The presentation of the donations was presented by the guest of honour and spouse along with the other Senior Officers. The donations received were in the form of cash and daily necessities items donated by the 3Bn RBLF Welfare Fund. 

"Sentuhan Kasih" is an annual welfare programme that was conducted by 3Bn RBLF every Ramadhan to signifies the compassion, good deeds and charitable effort of 3Bn RBLF towards the orphans and children with special needs. It is a token of salutations remembrance of the loyal duty of their departed parents who once served for the 3Bn RBLF, particularly for the orphans. Simultaneously it also helps to ease the burden of the special needs in their preparation of the upcoming Aidilfitri celebration as well as to train members of the RBLF to be more apprehensive about special children.


BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS SENTUHAN KASIH

PERKHEMAHAN LUMUT, Jumaat 30 April 2021 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan majlis bersungkai bersama dengan 16 anak-anak yatim dan 6 anak-anak istimewa bertempat di Mes Pegawai, Perkhemahan Lumut. 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB serta Isteri. Turut hadir ialah Timbalan Pegawai Pemerintah, Pegawai-Pegawai Memerintah, Sarjan Mejar Rejimen (SMR) dan Sarjan Mejar Kawad (SMK) dan isteri-isteri serta keluarga anak-anak yatim dan anak-anak istimewa.

Penyampaian derma telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis dan Isteri bersama-sama dengan Pegawai-pegawai Kanan yang lain. Derma berupa wang tunai dan barang keperluan harian yang disumbangkan oleh Tabung Kebajikan 3Bn TDDB.

Program "Sentuhan Kasih" ini merupakan aktiviti kebajikan tahunan yang lazim dilaksanakan pada setiap bulan Ramadhan oleh 3Bn TDDB bagi menandakan belas kasihan, perbuatan baik dan usaha amal 3Bn TDDB terhadap anak-anak yatim dan anak-anak istimewa. Majlis ini juga adalah tanda penghargaan mengenang tugas setia ibu bapa anak-anak yatim yang meninggal dunia ketika berkhidmat dalam 3Bn TDDB. Pada masa yang sama, ianya membantu dan meringankan beban anak-anak istimewa dalam persiapan menyambut perayaan Aidilfitri yang akan datang serta untuk menjadikan anggota-anggota TDDB lebih peka dalam perihal anak-anak yatim dan anak-anak istimewa.