Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

PULAU BARU-BARU RECEIVES VISIT FROM MINISTER OF DEFENCE II


PULAU BARU-BARU, Tuesday, 20 April 2021 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II and entourage visited Pulau Baru-Baru in conjunction with the holy month of Ramadhan. Also present were the Permanent Secretary, Deputy Permanent Secretaries, Deputy Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF), officers and personnel of the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces.

The visit commenced with mass Zuhor prayer, recitation of Selawat, tadarus Al-Quran and Kuliah Zuhur titled "Antara Insan Ramadhani dan Insan Rabbani" delivered by Captain Mohammad Ayza bin Ayahani at Pulau Baru-Baru Mosque. As part of the visit, the Minister of Defence II also received an operational briefing on the Pulau Baru-Baru operations. 

The visit was organised by Second Battalion, RBLF in collaboration with the RBAF Religious Department (JAMA'AT) as part of the Ihya Ramadhan and Outreach Programme conducted throughout the holy month of Ramadhan.

 


MENTERI PERTAHANAN KEDUA MEMBUAT KUNJUNGAN KE PULAU BARU-BARU 

PULAU BARU-BARU, Selasa, 20 April 2021 –  Bersempena dengan bulan suci Ramadhan pada tahun ini, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua beserta rombongan telah membuat kunjungan ke Pulau Baru-Baru. Turut hadir selaku rombongan beliau ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Timbalan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, pegawai-pegawai dan anggota-anggota daripada Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Kunjungan tersebut dimulakan dengan sembahyang Fardhu Zuhor berjemaah, bacaan Selawat, tadarus Al-Quran dan diteruskan dengan Kuliah Zuhur bertajuk "Antara Insan Ramadhani dan Insan Rabbani" yang disampaikan oleh Kapten Mohammad Ayza bin Ayahani bertempat di Masjid Pulau Baru-Baru. Selain itu, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua juga menerima taklimat operasi berkenaan Pulau Baru-Baru sebagai salah satu program kunjungan.

Kunjungan ke Pulau Baru-Baru telah dihoskan oleh Batalion Kedua TDDB dengan kerjasama padu bersama Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT). Ia merupakan sebahagian daripada Program Ihya Ramadhan dan Program Jangkauan yang dianjurkan di sepanjang bulan Ramadhan.