Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

ROYAL BRUNEI LAND FORCE CONDUCTS TAHLIL AND DOA ARWAH FOR OFFICERS AND PERSONNEL


BRUNEI MUARA, Friday, 16 April 2021- In conjunction with the holy month of Ramadhan, Royal Brunei Land Force (RBLF) conducted cemetery visits and cleaning campaigns to deceased RBLF Officers and personnel at various cemetery grounds concurrently.

Present for the visit at Pimping Muara Muslim Cemetery was Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBLF. Also present were Senior Officers, Officers and other RBLF personnel as well as the family of the deceased. The visit commenced with the recitation of Tahlil and Doa Arwah which was led by Lieutenant Muhammad Hidayatullah Sunazul Fikar bin Suip followed by the cleaning campaign. The visit then concluded with the pouring of scented water or air asah-asahan over the grave of the deceased. 

Similar visits were also organised by respective RBLF units at different cemetery grounds.  Present at the visit held at Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah Muslim Cemetery was Colonel Azman bin Haji Bangkol, Deputy Commander of RBLF. Major Fakhrul Ammar bin Haji Mohammad Isa, Commanding Officer of First Battalion, RBLF was present for the visit at Kampong Pulaie Cemetery whereas Lieutenant Colonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Commanding Officer of Third Battalion RBLF was present at Jerudong Muslim Cemetery. Representing Support Battalion RBLF was Major Masmun bin Haji Kassim, Acting Commanding Officer of Support Battalion RBLF at Kampong Kilanas Muslim cemetery.

Meanwhile, the Medical Services and Dental Services were represented by Colonel (Dr) Hj Awg Md Hafizul bin Hj Md Awg Hassan, Chief Medical Officer of RBLF at Rangas Muslim Cemetery and Colonel Dr Jefri bin Hj Abd Razak, Chief Dental Officer of RBLF at the Royal Mausoleum. For Combat Service Support, Lieutenant Colonel Haji Abdul Mutalip bin Bujang, Commandant of Combat Service Support RBLF (CSS RBLF) and Lieutenant Colonel Haji Mushiri Zulkhibri bin Haji Awang, Commanding Officer of Land Engineering CSS RBLF were both presents for the visits held at Kampong Kianggeh Cemetery and Subok Muslim Cemetery respectively. Also present at all ceremonies were Officers and personnel from respective camps.

The cemetery visits and cleaning campaigns are part of charitable activities conducted by RBLF during the holy month of Ramadhan. It also serves to enhance the spiritual development and cooperation amongst RBLF personnel as well as to encourage the desire to serve and contribute to society.



 

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS TAHLIL DAN DOA ARWAH 

BRUNEI MUARA, Jumaat, 16 April 2021 – Bersempena dengan bulan suci Ramadan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menziarahi dan mengadakan kempen kebersihan di tanah perkuburan Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB yang telah kembali ke Rahmatullah bertempat di beberapa tanah perkuburan di Daerah Brunei dan Muara.

Hadir di acara yang diadakan di Tanah Perkuburan Islam Pimping Muara ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB serta ahli keluarga anggota yang telah kembali ke Rahmatullah. Acara dimulakan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah beramai-ramai yang dikepalai oleh Leftenan Muhammad Hidayatullah Sunazul Fikar bin Suip dan diikuti dengan membersihkan tanah perkuburan. Acara kemudian diakhiri dengan menyiram air asah-asahan.

Acara yang sama juga turut dikendalikan oleh unit-unit TDDB secara serentak di tanah perkuburan berasingan. Hadir bagi acara yang diadakan di Tanah Perkuburan Islam Jame' Asr Hassanil Bolkiah ialah Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Timbalan Pemerintah TDDB.  Mejar Fakhrul Ammar bin Haji Mohammad Isa, Pegawai Pemerintah Batalion Pertama TDDB hadir di Tanah Perkuburan Kampong Pulaie, manakala Leftenan Kolonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga TDDB hadir bagi acara di Tanah Perkuburan Islam Jerudong. Mewakili Batalion Bantu TDDB adalah Mejar Masmun bin Haji Kassim, Pemangku Pegawai Memerintah Batalion Bantu TDDB di Tanah Perkuburan Islam Kampong Kilanas. 

Manakala, Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB dan Khidmat Pergigian TDDB diwakili oleh Kolonel (Dr) Hj Awg Md Hafizul bin Hj Md Awg Hassan, Ketua Pegawai Perubatan TDDB di Tanah Perkuburan Islam Rangas dan Kolonel Dr Jefri bin Hj Abd Razak, Ketua Pegawai Pergigian TDDB di Kubah Makam Diraja. Bagi Khidmat Bantuan Kombat TDDB (KBK TDDB), Leftenan Kolonel Haji Abdul Mutalip bin Bujang, Komandan KBK TDDB dan Leftenan Kolonel Haji Mushiri Zulkhibri bin Haji Awang, Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat KBK TDDB turut hadir untuk acara di Tanah Perkuburan Kampong Kianggeh dan Tanah Perkuburan Islam Subok.  Turut hadir bagi acara-acara tersebut ialah Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB dari unit masing-masing.

Kempen ini merupakan sebahagian daripada aktiviti amal dan berkebajikan yang dikendalikan oleh TDDB sempena memperingati bulan suci Ramadan. Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan kerohanian dan kerjasama di kalangan anggota serta memupuk semangat untuk menyumbang balik kepada masyarakat lebih-lebih lagi di Bulan Ramadhan yang penuh berkah ini.