Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
​PROMOTION CEREMONY FOR SENIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS AND JUNIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS OF COMBAT SERVICE SUPPORT ROYAL BRUNEI LAND FORCE


BERAKAS GARISSON, Thursday, 01 April 2021 – Combat Service Support Royal Brunei Land Force (CSS RBLF) held a promotion ceremony for 42 Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) and Junior Non-Commissioned Officers (JNCOs) at Signal Squadron, CSS RBLF. Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Haji Abdul Mutalip bin Bujang, Commandant of CSS RBLF. 

The ceremony commenced with the recital of Surah Al-Fatihah, followed by the rank presentation and the recital of Doa Selamat. The ceremony concluded with a photo session and the signing of parchment.

The ceremony serves to celebrate the personnel who have been promoted and to appreciate and encourage them to continue their service with sincerity and dedication. They are also expected to commit, to be accountable and responsible in carrying out their duties in line with the vision and mission of the organisation.



MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH KANAN DAN PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH RENDAH, KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

Berakas Garison, Khamis, 01 April 2021 – Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi 42 Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan dan Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Rendah bertempat di Skuadron Semboyan, KBK TDDB. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Leftenan Kolonel Haji Abdul Mutalip bin Bujang, Komandan KBK TDDB.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan penyampaian pangkat serta bacaan Doa Selamat. Acara diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan menandatangani lembaran kenangan.

Majlis kenaikan ini bertujuan untuk meraikan anggota-anggota yang telah dinaikkan pangkat dan sebagai penghargaan serta menggalakkan anggota-anggota yang diraikan untuk meneruskan perkhidmatan mereka dengan penuh ikhlas dan dedikasi. Dengan kenaikan pangkat ini juga diharap semua anggota akan lebih komited dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas selaras dengan misi dan visi organisasi.