Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
PROMOTION AND GENERAL SERVICE MEDAL CEREMONY FOR DENTAL SERVICES ROYAL BRUNEI LAND FORCE PERSONNEL


BERAKAS GARISSON, Thursday, 01 April 2021– Dental Services Royal Brunei Land Force (RBLF) held a promotion ceremony for 1 personnel and the presentation of the General Service Medal (GSM) to 3 personnel for Intake 166 which was held at the Berakas Dental Centre. Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Dr. Norinda Binti Haji Tengah, Acting Chief Dental Officer. Also present at the ceremony were dental officers and personnel of Dental Services. 

The ceremony commenced with the recital of Surah Al-Fatihah, followed by the rank presentation and the presentation of GSM. The ceremony then continued with a speech, by the guest of honour highlighting the importance of instilling the RBAF Core Values, namely piety, loyalty, courage and professionalism in delivering their tasks efficiently. The ceremony ended with the recital of Doa Selamat.

The ceremony was held to appreciate and acknowledge their hard work and sacrifices in joining the military as their chosen career paths. It is also as a morale boost to always strive for the best and to maximise their efforts in their respective careers. 



MAJLIS PENYAMPAIAN PANGKAT DAN PINGAT LAILA TUGAS BAGI ANGGOTA KHIDMAT PERGIGIAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Khamis, 01 April 2021 - Khidmat Pergigian Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi 1 anggota dan Pingat Laila Tugas bagi 3 anggota Lain-Lain Peringkat bagi intek 166 bertempat di Pusat Pergigian Berakas.

Majlis penyampaian ini telah disempurnakan oleh Leftenan Kolonel Dr. Norinda Binti Hj. Tengah, Pemangku Ketua Pegawai Pergigian. Turut menyaksikan upacara tersebut adalah Pegawai-pegawai Pergigian, Pegawai-pegawai, dan anggota-anggota Khidmat Pergigian Berakas.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan upacara penyampaian pangkat serta Pingat Laila Tugas. Majlis diteruskan dengan ucapan dari Yang Mulia Leftenan Kolonel Dr. Norinda Binti Haji Tengah, di mana beliau telah mengetengahkan kepentingan menerapkan Nilai-nilai Teras ABDB iaitu, setia, takwa, berani dan professional dalam menjalankan tugasan sebagai anggota tentera yang cekap. Majlis disudahi dengan bacaan doa selamat dan bersurai.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghormatan serta pengiktirafan di atas usaha dan pengorbanan mereka dalam menceburi bidang ketenteraan sebagai kerjaya mereka. Ia juga sebagai menjadi penyuntik semangat kepada anggota-anggota untuk meningkatkan usaha agar sentiasa lebih tekun dan gigih dalam menjalankan tugas.