Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

LEADERSHIP TALK BY THE COMMANDER OF ROYAL BRUNEI LAND FORCE AT TUTONG CAMP

TUTONG CAMP, Thursday, 25 February 2021 – A Leadership Talk session by Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBLF took place at Warrant Officer, Staff Sergeant and Sergeant Mess, 2Bn RBLF. Present at the talk was the Senior Non-Commissioned Officers (SNCO) from 2Bn RBLF, 3Bn RBLF and Support Battalion RBLF. 

The session began with the recitation of Surah al-Fatihah and followed by the leadership talk by the Commander of RBLF. The talk highlighted the insight and the significance of his 12 Command Philosophies towards ensuring the RBLF development and how it is important to enhance the leadership of the RBLF's SNCOs. The Commander of RBLF also shared the lesson learnt through his leadership experiences and addressed the importance for all personnel to always self-reflect. The SNCOs also encouraged to enhance their communication skills and to maintain a high standard level of fitness.

Towards the end of the talk, the Commander of RBLF suggested the SNCOs to distinguish and appreciate the RBLF history especially in terms of RBLF's development and its transformation since it is a pride and will be recalled. Subsequently, this Leadership Talk with the Commander of RBLF is the third session that have been planned for the Commander of RBLF.



SESI PERKONGSIAN CERAMAH KEPIMPINAN BERSAMA PEMERINTAH TDDB DI PERKHEMAHAN TUTONG

PERKHEMAHAN TUTONG, Khamis, 25 Februari 2021 – Satu sesi Ceramah Kepimpinan yang disampaikan oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB telah berlangsung di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, 2Bn TDDB. Hadir semasa ceramah tersebut ialah Pegawai-pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan dari 2Bn TDDB, 3Bn TDDB dan Batalion Bantu TDDB.

Sesi tersebut telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ceramah kepimpinan oleh Pemerintah TDDB. Semasa ceramah tersebut, beliau mengongsikan perisian dan kepentingan 12 Falsafah Pemerintahan beliau kepada pembangunan TDDB dan bagaimana ia penting untuk meningkatkan mutu kepimpinan PTB Kanan TDDB. Selain itu, beliau turut mengambil kesempatan untuk mengongsikan pengajaran kepimpinan yang telah didapati melalui pengalaman peribadi beliau dan menekankan kepentingan muhasabah diri dalam setiap anggota. PTB-PTB Kanan juga disarankan untuk mempertingkatkan diri dalam kemahiran berkomunikasi dan mempertahankan tahap kecergasan yang tinggi.

Dalam sesi akhir ceramah, Yang Mulia Pemerintah TDDB menyarankan supaya PTB-PTB Kanan untuk menghayati dan mengetahui detik-detik sejarah TDDB terutama dari segi perkembangan dan transformasi yang telah dilalui oleh TDDB kerana ia adalah satu kebanggaan yang akan menjadi ristaan zaman. Ceramah Kepimpinan ini merupakan sesi ketiga yang telah dirancangkan bagi Yang Mulia Pemerintah.