Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

FULL DRESS REHEARSAL BRUNEI DARUSSALAM’S 37TH NATIONAL DAY CELEBRATION

BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 20 February 2021- In conjunction with Brunei Darussalam's 37th National Day, the RBLF participated in the full-dress rehearsal that took place at Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien this morning. The final rehearsal was observed by Yang Berhormat Major General (R) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Minister of Culture, Youth and Sports. Also present was the RBAF Commander, Services Commanders and officials from other government agencies.

The full-dress rehearsal simulated the actual sequence of the 37th National Day Celebration which will be held on 23rd February 2021 at the same place. The rehearsal began with the Guard of Honour Parade and subsequently followed by the March-Past comprising a total of 2657 personnel from various agencies of the government's public and private sectors.

Once again, the 37th National Day celebration this year carries the theme 'Menjayakan Wawasan Negara' but will be conducted in smaller scale compared to the previous years to adhere with pandemic protocols. Nevertheless, the full-dress rehearsal this morning shown a success, the nationalism and how lively the actual day will be looked like.

 

 

LATIHAN PENUH SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE 37 TAHUN

Bandar Seri Begawan, Sabtu, 20 Februari 2021- Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan ke 37, TDDB telah turut serta dalam latihan penuh yang diadakan pada pagi ini di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. Latihan penuh tersebut telah disaksikan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Hadir bersama-sama ialah Pemerintah ABDB, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera dan pegawai-pegawai dari jabatan kerajaan yang lain.

Latihan penuh tersebut adalah untuk mensimulasikan susunan kejadian pada hari sebenar Sambutan Hari Kebangsaan ke 37 yang akan diadakan pada 23 Februari 2021 nanti di tempat yang sama. Latihan tersebut dimulakan dengan Perbarisan Kawalan Kehormatan dan kemudiannya diikuti dengan Perbarisan Lalu yang disertai oleh 2657 anggota dari pelbagai agensi kerajaan dan sektor swasta.

Negara Brunei Darussalam sekali lagi membawakan tema 'Menjayakan Wawasan Negara' bagi Sambutan Hari Kebangsaan ke 37. Namun ianya akan dilaksanakan dalam skala kecil berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya bagi mematuhi protokol pandemik. Walaubagaimanapun, latihan penuh pada pagi ini telah memperlihatkan kejayaan dan semangat kenegaraan yang akan dapat dilihat pada hari sebenar nanti.