Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
THE COMMANDER OF ROYAL BRUNEI LAND FORCE RECEIVES FAREWELL CALL FROM THE OUTGOING DEFENSE ADVISER AUSTRALIAN DEFENCE FORCE

BERAKAS GARRISON, Thursday, 18 February 2021 – Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, the Commander of RBLF received a farewell call from Commodore Richard Caton, Defence Adviser Australian Defence Force (DA ADF) to Singapore, who was previously accredited to Brunei Darussalam. In attendance was the new DA ADF to Brunei Darussalam, Lieutenant Colonel Dan Hauser and the new Assistant DA ADF to Brunei Darussalam, Squadron Leader Matthew Xerri.

During the call, both sides expressed their satisfaction on the close and strong defence relationship shared between Brunei Darussalam and Australia. The long-standing commitment was fostered through a spectrum of bilateral engagements such as trainings and visits. Both parties agreed to develop initiatives beyond imaginative to continue such commitments despite the current pandemic situation.
 
In the final note, Commander of RBLF extended his utmost appreciation for the continuous support from Australia and the excellent service provided by Commodore Richard Caton during his tenure as DA ADF accredited to Brunei Darussalam. The outgoing DA ADF assures that Australia will continue the commitment through the new office of DA ADF to Brunei Darussalam, which recently officiated the setup Brunei Darussalam.


PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA PENASIHAT PERTAHANAN AUSTRALIAN DEFENCE FORCE YANG LAMA DAN BARU

BERAKAS GARISON, Khamis, 18 Februari 2021 – Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB menerima kunjungan perpisahan daripada Commodore Richard Caton, Penasihat Pertahanan Australia, Australian Defence Force ke Singapura, yang sebelum ini juga adalah Penasihat Pertahanan ke Negara Brunei Darussalam. Turut hadir semasa kunjungan tersebut adalah Leftenan Kolonel Dan Hauser, Penasihat Pertahanan ke Negara Brunei Darussalam yang baru dan Squadron Leader Matthew Xerri, Penolong Penasihat Pertahanan yang baru.

Semasa kunjungan tersebut, kedua belah pihak menyatakan rasa berpuas hati terhadap jalinan hubungan pertahanan yang akrab dan kukuh di antara Negara Brunei Darussalam dan Australia. Pertalian komitmen yang kukuh dan terjalin ini telah lama dipupuk melalui penglibatan dan kerjasama dua hala seperti latihan dan lawatan. Kedua belah pihak juga bersetuju untuk sama-sama mengembang luaskan lagi inisiatif demi meneruskan komitmen tersebut walaupun dengan keadaan situasi pandemik pada masa ini.

Di akhir kunjungan, Pemerintah TDDB merakamkan setinggi penghargaan diatas sokongan yang berterusan daripada Australia dan jasa baik yang telah diberikan oleh Commodore Richard Caton semasa beliau berkhidmat sebagai Penasihat Pertahanan ke Negara Brunei Darussalam. Manakala Penasihat Pertahanan yang akan melepaskan jawatannya pula meyakinkan bahawa Australia akan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi melalui Pejabat Penasihat Pertahanan ke Brunei Darussalam yang baru, yang telah ditubuhkan secara rasmi di Negara Brunei Darussalam.