Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
37th BRUNEI DARUSSALAM’S NATIONAL DAY PARADE REHEARSAL

Bandar Seri Begawan, Wednesday, 17th February 2021- The RBLF has participated in the Brunei Darussalam's 37th National Day parade rehearsal that took place at Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien this morning. Present to observe the rehearsal was Yang Berhormat Major General (R) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Minister of Culture, Youth and Sports.

The Guard of Honour is mounted by 409 personnel comprising of the RBLF, Royal Brunei Police Force (RBPF) together with a combined band from RBAF and RBPF under the Parade Commander, Lieutenant Colonel Hj Md Alimin bin Haji Subohi, Commanding Officer 3Bn RBLF.  A total of 111 personnel from RBLF participated in the parade and flag bearers from 3Bn RBLF. In the march-past event, a total of 2657 personnel joined the event comprising of National Security Forces, Bestari Communities, Staffs of the Public and Private Sectors, Educational Sectors and others. The numbers included 37 personnel from RBLF participated in the march-past led by Major Muhammad Rushdi bin Haji Awang Yusuf accompanied by flag bearers from 1Bn RBLF. Thus, making a total of 148 RBLF personnel taking part in Brunei Darussalam's 37th National Day this year, carrying the theme 'Menjayakan Wawasan Negara'.



LATIHAN PERBARISAN KAWALAN KEHORMATAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN BRUNEI DARUSSALAM YANG KE 37 TAHUN

Bandar Seri Begawan, Rabu, 17 Februari 2021- TDDB telah turut serta dalam Latihan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke 37 yang diadakan pada pagi ini di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. Hadir menyaksikan latihan tersebut ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Kawalan Kehormatan seramai 409 anggota terdiri daripada anggota-anggota dari TDDB, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) serta gabungan Pancaragam ABDB dan Pancaragam PPDB di bawah kawalan Ketua Perbarisan, Leftenan Kolonel Hj Md Alimin bin Haji Subohi, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Anggota TDDB yang turut serta dalam Kawalan Kehormatan adalah seramai 111 anggota termasuk Kawalan Panji-panji daripada 3Bn TDDB. Dalam acara perbarisan lalu, seramai 2657 anggota menyertai acara tersebut yang terdiri daripada kumpulan Pasukan Keamanan Negara, Masyarakat Bestari, Kakitangan Sektor Awam dan Swasta, Sektor Pendidikan dan lain-lain. Dalam kumpulan tersebut termasuklah 37 anggota TDDB yang diketuai oleh Mejar Muhammad Rushdi bin Haji Awang Yusuf beserta Kawalan Panji-panji dari 1Bn TDDB. Dengan itu, sejumlah 148 anggota TDDB mengambil bahagian dalam acara Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-37 pada tahun ini, yang bertemakan 'Menjayakan Wawasan Negara'.