Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

FIRST BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE SECTION COMPETITION

BERAKAS GARRISON, Wednesday 17 February 2021 – 1Bn RBLF is conducting Section Competition within the grounds of Berakas Garrison. The competition was run in several sessions and involved all sections from 1Bn RBLF's Rifle Companies including the E Company from Bangar Camp.

Each session spans in a timeframe of three to four days where every section was tested for their physical endurance, military skills; inclusive of section level techniques, tactics and procedures and general knowledge. The competition commenced since early February 2021 and is expected to finish by the end of March 2021. The competition aims to assess the personnel physical endurance, military skills and knowledge. The leadership of rank holders as well as the cooperation among the section's members were also tested. With this kind of activities, it will instill a competitive spirit between every section as well as to enhance the overall preparedness and readiness of every company of 1Bn RBLF.



PERLAWANAN SEKSYEN BATALION PERTAMA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Rabu 17 Februari 2021 – 1Bn TDDB sedang mengendalikan Perlawanan Seksyen di persekitaran Berakas Garison. Perlawanan ini dikendalikan dalam beberapa sesi dan melibatkan semua seksyen dari setiap Kompeni Repal 1Bn TDDB termasuk Kompeni E dari Perkhemahan Bangar.

Setiap sesi dikendalikan dalam jangka masa tiga hingga ke empat hari yang mana setiap seksyen diuji dari segi ketahanan jasmani, kemahiran tentera; yang juga merangkumi teknik, taktik dan prosedur peringkat seksyen serta pengetahuan am. Perlawanan ini telah bermula sejak awal bulan Februari 2021 dan dijangka akan berakhir pada hujung bulan Mac 2021. Tujuan perlawanan ini ialah untuk menilai ketahanan jasmani, kemahiran dan pengetahuan tentera. Turut diuji adalah tahap kepimpinan pemegang jawatan dan kerjasama di antara setiap anggota dalam seksyen tersebut. Dengan adanya perlawanan ini, ianya akan menanamkan semangat berdaya saing di antara anggota setiap seksyen serta meningkatkan kesediaan dan kesiapsiagaan setiap kompeni dalam 1Bn TDDB.