BOLKIAH GARRISON, Friday, 18th July 2025 – The closing ceremony for the Medical Assistant Advanced A1 course was held at the Ibnu Sina Lecture Hall, Medical Services Headquarters, Bolkiah Garrison. A total of 20 participants from the Medical and Health Services, Royal Brunei Land Forces (RBLF), Performance Optimisation Centre (POC) Ministry of Defence, and Special Forces Regiment (SFR) completed the 14-week course which was held from 18th April 2025 to 18th July 2025.
In attendance to present the certificates and awards was Lieutenant Colonel (Dr) Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, Chief of Medical Services, and were joined by Senior Medical Officers, Officers, invited guests, Medical Training Instructors, and Senior Non-Commissioned Officers.
The Best Overall Student Award, Best Theory Award and Best Practical Award was awarded to Corporal Abd Rahim bin Haji Abd Karim from Medical Reception Station Tutong, while Corporal Md Saufi bin Haji Md Hasrin from POC was awarded with Leadership Pioneer Award. Meanwhile, Corporal Asmizaranney bin Gorge Michel from the Medical Training Wing received the Best Individual Presentation, and the Best Group Presentation was awarded to Syndicate 3.
The Medical Assistant Advanced A1 Course is aimed to enhance the operational readiness, clinical capability and leadership development of those medical personnel transitioning into senior administrative roles within the Medical Services. The course also emphasises on leadership and teamwork to strengthen foundational management skills and build participants' self-confidence in leading their peers. Through scenario-based learning and simulated operational settings, the course ensures that participants are not only technically proficient but also capable of making sound decisions and communicating effectively under pressure.


KURSUS LANJUTAN PEMBANTU PERUBATAN BERAKHIR
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 18 Julai 2025 – Majlis Penutup Kursus Lanjutan Pembantu Perubatan A1 telah diadakan di Dewan Kuliah Ibnu Sina, Markas Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Bolkiah Garison. Seramai 20 anggota dari Khidmat Perubatan dan Kesihatan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Pusat Optima Kecergasan Tentera (POKT), Kementerian Pertahanan dan Rejimen Pasukan Khas (RPK) telah menamatkan kursus tersebut selama 14 minggu, bermula 18 April 2025 hingga 18 Julai 2025.
Hadir bagi menyampaikan sijil dan anugerah ialah Leftenan Kolonel (Dr) Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB dan disertai oleh Pegawai-Pegawai Perubatan Kanan, Pegawai-Pegawai, tetamu jemputan, Jurulatih Perubatan, dan Pegawai-pegawai Tidak Bertauliah Kanan.
Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan, Anugerah Teori Terbaik dan Anugerah Amali Terbaik telah dianugerahkan kepada Koperal Abd Rahim bin Haji Abd Karim dari Pusat Khidmat Perubatan dan Kesihatan Perkhemahan Tutong, manakala Koperal Md Saufi bin Haji Md Hasrin dari POKT menerima Anugerah Pemimpin Perintis. Sementara itu, Koperal Asmizaranney bin Gorge Michel dari Cawangan Latihan Perubatan telah menerima Anugerah Pembentangan Individu Terbaik, dan Anugerah Pembentangan Berkumpulan Terbaik telah diberikan kepada Sindiket 3.
Kursus Lanjutan Pembantu Perubatan A1 ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan operasi, keupayaan klinikal dan pembangunan kepimpinan anggota perubatan yang akan beralih ke peranan pentadbiran dalam Khidmat Perubatan dan Kesihatan. Kursus ini juga menekankan mengenai aspek kepimpinan dan kerjasama berpasukan bagi memperkukuhkan kemahiran asas pengurusan serta membina keyakinan diri peserta dalam memimpin rakan sejawatan mereka. Melalui pendekatan pembelajaran berdasarkan senario dan simulasi situasi operasi, kursus ini memastikan peserta bukan sahaja mahir dari segi teknikal, tetapi juga mampu membuat keputusan yang baik dan berkomunikasi dengan berkesan di bawah tekanan.