BENGKURONG, Wednesday, 20th November 2024 – The 30th edition of Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) 2024, held in Brunei Darussalam, continues its series of community outreach initiatives with a charity project at Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam in Kampong Bengkurong. A total of 10 Royal Brunei Land Force (RBLF) personnel and 10 United States Navy personnel collaborated in a Community Relations (COMREL) efforts, building wooden chairs and assisting with painting projects at the centre.
The project was officially handed over by Lieutenant Colonel Erwan bin Haji Ibrahim, Chief of Staff RBLF and Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin, Executive Trustee of Pusat Ehsan. A non-government charity organisation, Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam is committed to provide quality education, rehabilitation and training programmes for individuals with special needs. This COMREL initiative is aimed to strengthen the relationship between Brunei Darussalam and the United States by reaching out to the local community, while emphasising mutual support and cooperation.
AKTIVITI KEMASYARAKATAN SEMPENA EKSESAIS COOPERATION AFLOAT READINESS AND TRAINING 30/2024
Bengkurong, Rabu 20 November 2024 – Eksesais Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) edisi ke-30 tahun 2024, yang diadakan di Negara Brunei Darussalam, meneruskan siri initiatif jangkauan komuniti dengan melaksanakan projek amal di Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampong Bengkurong. Seramai 10 anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan 10 anggota Tentera Laut Amerika Syarikat bekerjasama dalam usaha Community Relation (COMREL) dengan membina kerusi kayu dan membantu dalam projek mengecat di pusat berkenaan.
Projek ini telah diserahkan secara rasmi oleh Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Ketua Staf TDDB dan Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin, Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan. Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, sebuah pertubuhan kebajikan bukan kerajaan, komited untuk menyediakan program pendidikan, pemulihan dan latihan yang berkualiti untuk individu berkeperluan khas. Inisiatif COMREL ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat dengan menyumbang kepada masyarakat setempat, disamping menekankan sokongan dan kerjasama bersama.