Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

REGIMENTAL DINNER NIGHT IN CONJUNCTION OF ROYAL BRUNEI LAND FORCE CELEBRATES 61st ANNIVERSARY

BERAKAS GARRISON, Saturday, 26 November 2022 – A regimental dinner was held this evening in conjunction of the Royal Brunei Land Force (RBLF) 61st Anniversary at the Officers' Mess, Berakas Garrison.

Present as the Guest of Honour (GOH) was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander of RBLF. Also in attendance were Deputy Commander of RBLF, Field Commander of RBLF, Chief of Staff RBLF, Senior Officers and Officers of the RBLF along with spouses.

Upon arrival, the GOH was received by Major Erawan bin Haji Abu Bakar, Commanding Officer of 3Bn RBLF as Chairman of the RBLF 61st Anniversary celebration and Major Muhd Asri bin Haji Awang Ahmad, as Chairman of the Regimental Dinner.

The event commenced with a group photo, followed by the reception and then the recitation of Doa. The regimental dinner night was enlivened with the musical performance by the Army Band from Second Battalion RBLF followed by a meet and greet session between the Commander of RBLF and the band members.

The event continued with the Commander of RBLF's speech where he expressed his gratitude and appreciation to all attendees and to those who were involved in organising the Regimental Dinner.  In his speech, he also conveyed his delight in the success achieved by RBLF throughout its 61 years of establishment, especially with regards to the development of RBLF officers in terms of professionalism and skills set in various path. He also hoped that the success would continue to be implemented in line with RBLF's future planning along with prioritising the well-being and welfare of RBLF officers and personnel. At the end of his speech, he conveyed his gratitude especially to the spouses of RBLF officers for their undivided devotion and sacrifice.

The event concluded with a meet and greet session between the Commander of RBLF and RBLF officers and then the signing of parchment.


MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT SEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE 61

BERAKAS GARISON, Sabtu, 26 November 2022 – Majlis Makan Malam Beradat sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Diraja Brunei (HUT TDDB) ke 61 telah diadakan pada hari ini bertempat di Mes Pegawai, Berakas Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah TDDB. Turut hadir dalam sama-sama memeriahkan majlis berkenaan ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Pemerintah Medan TDDB, Ketua Staf TDDB, Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai TDDB serta isteri-isteri.

Ketibaan Tetamu Kehormat disambut oleh Mejar Erawan bin Haji Abu Bakar, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB selaku Pengerusi Acara Utama Sambutan ke 61 Tahun TDDB dan Mejar Muhd Asri bin Haji Awang Ahmad, selaku Pengerusi Majlis Makan Malam Beradat HUT ke 61 TDDB.

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai diikuti dengan majlis resepsi dan bacaan Do'a sebelum makan. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan muzik oleh pancaragam tentera daripada Batalion Kedua TDDB disusuli dengan sesi muzakarah di antara Pemerintah TDDB dan pegawai serta ahli pancaragam.

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Pemerintah TDDB di mana beliau merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pegawai-pegawai yang hadir serta yang terlibat dalam menjayakan Majlis Makan Malam Beradat tersebut. Dalam ucapan itu juga beliau menyatakan rasa bangga akan kejayaan yang diraih oleh TDDB sepanjang 61 tahun penubuhannya terutama tentang perkembangan pegawai-pegawai TDDB dari segi profesionalisme dan kemahiran yang berbagai bidang. Beliau juga berharap bahawa kejayaan ini akan terus dilaksanakan selaras dengan perancangan arah tuju TDDB pada masa akan datang di samping mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan pegawai-pegawai serta anggota-anggota TDDB. Di akhir ucapan, beliau menyampaikan ucapan terima kasih terutama kepada para suami dan isteri pegawai-pegawai TDDB atas pengorbanan dan sokongan yang sentiasa diberikan.

Acara diakhiri dengan sesi ramah mesra di antara Pemerintah TDDB dan pegawai-pegawai TDDB yang hadir dan disusuli dengan menandatangani lembaran kenangan.