Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

OPENING CEREMONY OF EXERCISE MAJU BERSAMA SERIES 25/2022

KRANJI CAMP 3, Thursday, 24 November 2022 – The opening ceremony of Exercise MAJU BERSAMA Series 25/2022 took place today at the Eiger Parade Square, Kranji Camp. The exercise will take place from 21 November 2022 until 30 November 2022 consisting of personnel from the First Battalion, Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) and from 'A' Company 2nd Battalion Singapore Infantry Regiment (A Coy 2Bn SIR).

The ceremony was co-officiated by Major General David Neo Chief of Army, Singapore Army and Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander RBLF as the Guest of Honour. The ceremony commenced with a military parade inspection followed by the opening remarks from both Chief of Army, Singapore Army, and the Commander of RBLF. The event then proceeded with an exchange of Exercise MAJU BERSAMA insignias.

The 25th series of Exercise MAJU BERSAMA will be conducted in three phases: Digital planning, Professional sharing, and Urban Operation training. The exercise seeks to improve the interoperability, exchange of knowledge on planning and urban warfare and further strengthen bilateral relations between both countries.

A total of 106 RBLF personnel participated in this exercise comprised of 104 personnel from the 1Bn RBLF, one personnel from RBLF Headquarters and one personnel from Combat Service Support RBLF.




UPACARA PEMBUKAAN EKSESAIS MAJU BERSAMA SIRI KE 25/2022

KEM KRANJI 3, Khamis, 24 November 2022 - Upacara pembukaan Eksesais MAJU BERSAMA Siri 25/2022 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Padang Kawad Eiger. Eksesais ini berlangsung dari 21 November 2022 sehingga 30 November 2022 yang mana melibatkan anggota daripada Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) dan 'A' Company 2nd Battalion Singapore Infantry Regiment (A Coy 2Bn SIR).

Upacara pembukaan eksesais telah dirasmikan oleh Mejar Jeneral David Neo, Chief of Army, Tentera Darat Singapura dan Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah TDDB selaku Tetamu Kehormat Majlis. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan tentera diikuti dengan ucapan  perasmian daripada Chief of Army, Singapore Army dan Pemerintah TDDB. Majlis diteruskan dengan pertukaran lencana Eksesais MAJU BERSAMA.

Eksesais MAJU BERSAMA Siri ke-25 tersebut akan dijalankan dalam tiga fasa: Digital Planning, Perkongsian Profesional dan Latihan Pertempuran Bandar. Eksesais ini bertujuan untuk meningkatan tahap interoperability dalam operasi, memupuk pertukaran pengetahuan tentang perancangan dan pertempuran bandar dan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Seramai 106 anggota TDDB terlibat dalam eksesais tersebut yang mana terdiri daripada 104 anggota daripada 1Bn TDDB, seorang anggota daripada Markas TDDB dan seorang anggota daripada Khidmat Bantuan Kombat TDDB.​