Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

FLAG HANDOVER CEREMONY FOR EXERCISE MAJU BERSAMA SERIES 25/2022 AND EXERCISE RINTIS BERSAMA SERIES 2022

BERAKAS GARRISON, Friday, 18 November 2022 - The Handover Ceremony of the Brunei Darussalam Flag for Exercise Maju Bersama Series 25/2022 & Exercise Rintis Bersama Series 2022 was held today at the Royal Brunei Land Force Headquarters (RBLF HQ).

Present as the Guest of Honour was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander of RBLF. Also in attendance were Deputy Commander of RBLF, Field Commander of RBLF, Chief of Staff of RBLF, Senior Officers, Officers and personnel of RBLF.

Upon arrival, the Commander of RBLF received the honorary salute from the military parade led by the Parade Commander, Major Muhammad Rushdi bin Haji Awang Yusof followed by the inspection of the Guard of Honour mounted by both exercise participants.

The Commander of RBLF then handed over the flag to Major Khairul Arifin bin Awang Adanan, Officer Commanding, 'B' Company of First Battalion RBLF for Exercise Maju Bersama Series 25/2022 and to Major Muhammad Rafie bin Haji Abdul Wahid, Officer Commanding, Combat Engineer Squadron Support Battalion, RBLF for Exercise Rintis Bersama Series 2022. The ceremony then concluded with a group photo session.

The 25th series of Exercise Maju Bersama will be conducted at Kranji Camp III, Republic of Singapore from 21 November 2022 until 30 November 2022 with personnel from Singapore Infantry Regiment (2SIR). Meanwhile, the 7th series of Exercise Rintis Bersama will be conducted at Mandai Hill Camp, Republic of Singapore with personnel from Army Intel, Singapore Armed Forces.

The objectives of the exercises are to provide exposure to the participating personnel on Urban Operations and to exchange knowledge on conventional tactics. It also aims to enhance professionalism amongst soldiers from both countries and to boost bilateral cooperation between both countries. This year's exercise also celebrates the Silver Jubilee of Exercise Maju Bersama since it was held between Brunei Darussalam and Singapore.


PENYERAHAN BENDERA EKSESAIS MAJU BERSAMA SIRI 25/2022 DAN EKSESAIS RINTIS BERSAMA 2022

BERAKAS GARISON, Jumaat, 18 November 2022 – Upacara Penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam bagi Eksesais Maju Bersama Siri 25/2022 & Eksesais Rintis Bersama 2022 telah berlangsung di Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) pada hari ini.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah TDDB. Turut hadir menyaksikan upacara tersebut ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Pemerintah Medan TDDB, Ketua Staf TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TDDB.

Sejurus ketibaan, Pemerintah TDDB menerima tabik hormat daripada perbarisan yang diketuai oleh Mejar Muhammad Rushdi bin Haji Awang Yusof diikuti dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada peserta-peserta eksesais.

Pemerintah TDDB kemudiannya menyerahkan bendera kepada Mejar Khairul Arifin bin Awang Adanan, Pegawai Memerintah, Kompeni B, Batalion Pertama TDDB bagi Eksesais Maju Bersama Siri 25/2022 dan kepada Mejar Muhammad Rafie bin Haji Abdul Wahid, Pegawai Memerintah, Skuadron Jurutera Tempur, Batalion Bantu TDDB bagi Eksesais Rintis Bersama 2022.

Eksesais ini merupakan Eksesais Maju Bersama yang ke-25 dan akan diadakan di Kranji Camp III, Republik Singapura yang akan berlangsung dari 21 November 2022 hingga 30 November 2022 bersama Singapore Infantry Regiment (2SIR). Manakala, Eksesais Rintis Bersama yang ke-7 akan diadakan di Mandai Hill Camp, Republik Singapura Bersama Army Intel, Singapore Armed Forces.

Objektif Eksesais Maju Bersama dan Eksesais Rintis Bersama adalah untuk memberi pendedahan taktik operasi bandar dan bertukar-tukar ilmu mengenai taktik konvensional. Selain itu, eksesais ini juga diadakan bagi meningkatkan professionalisma setiap anggota dari kedua-dua pihak. Selain menjalinkan kesefahaman dalam bidang ketenteraan, ianya juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara dua Angkatan Tentera, mengukuhkan lagi persahabatan dan menggalakkan hubungan pertahanan yang lebih dekat di antara dua negara. Latihan pada tahun ini juga meraikan Jubli Perak Eksesais Maju Bersama sejak ia diadakan di antara Negara Brunei Darussalam dan Singapura.