Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
REGIMENTAL DINNER NIGHT FOR OUTGOING COMMANDING OFFICER AND OFFICERS OF THIRD BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE

LUMUT CAMP, Friday, 16 September 2022 – Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) held a Regimental Dinner Night in conjunction with the handing over of Commanding Officer 3Bn RBLF at Lumut Camp Officers' Mess. The event was celebrated with full military regimental customs for the celebrated Officers who had served in 3Bn RBLF.

Present as the Guest of Honour (GOH) was Lieutenant Colonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, former Commanding Officer of 3Bn RBLF. The ceremony commenced with a reception, a group photo session continued with the regimental dinner followed by an appreciation speech from Major Erawan bin Haji Abu Bakar, the Commanding Officer of 3Bn RBLF. The event continued with the presentation of souvenirs to the GOH and former Officers before the signing of parchment.

The Regimental Dinner Night was organised to honour and appreciate the former Commanding Officer and Officers who had served 3Bn RBLF and their respective spouses who always provided support throughout their service. In addition, the event also acts as a platform to further strengthen the camaraderie between Officers of RBLF and maintaining military traditions. 

MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT BAGI MANTAN PEGAWAI PEMERINTAH DAN PEGAWAI-PEGAWAI BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN LUMUT, Jumaat, 16 September 2022 - Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Makan Malam Beradat sempena pertukaran Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB bertempat di Mes Pegawai Perkhemahan Lumut. Majlis makan malam yang penuh dengan adat ketenteraan tersebut telah dihadiri oleh Pegawai-pegawai yang diraikan iaitu mantan-mantan pegawai yang pernah berkhidmat di 3Bn TDDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, mantan Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Acara dimulakan dengan majlis resepsi, sesi bergambar ramai, makan malam beradat serta ucapan penghargaan daripada Mejar Erawan bin Haji Abu Bakar, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Acara kemuncak adalah penyampaian cenderahati kepada Tetamu Kehormat dan mantan-mantan pegawai 3Bn TDDB sebelum menandatangani lembaran-lembaran kenangan.

Majlis Makan Malam Beradat ini diungkayahkan sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada mantan Pegawai Pemerintah dan Pegawai-pegawai yang pernah berkhidmat di 3Bn TDDB serta kepada isteri-isteri yang sentiasa memberikan sokongan di sepanjang perkhidmatan. Selain itu, ia juga memberikan peluang untuk mengeratkan lagi hubungan setiakawan di antara Pegawai-pegawai TDDB di samping mengekalkan tradisi ketenteraan.