Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
COMMANDER RBLF RECEIVES INTRODUCTORY CALL FROM NIGERIAN AND INDIAN DEFENCE ADVISER TO BRUNEI DARUSSALAM

BERAKAS GARRISON, Wednesday, 15 September 2022 – Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) received two respective courtesy calls this morning at the RBLF Headquarters, from Air Commodore Ehimen Aidemoata Ejodame, Nigerian Defence Adviser and from Colonel Sanjeev Vijaykumar Sarma, Indian Defence Adviser. Both are Non-Resident Defence Advisers based in Kuala Lumpur, Malaysia accredited to Brunei Darussalam.

During the calls, Commander of RBLF welcomed both Air Commodore Ejodame and Colonel Sanjeev to RBLF Headquarters and extended his appreciation for their introductory call to Brunei Darussalam with both sides looking forward to creating opportunities to further strengthen bilateral relations through exchanges and training between RBLF and the Nigerian Army and Indian Army respectively.

Air Commodore Ejodame was appointed as the Nigerian Defence Adviser in 2020 and received his accreditation on 17 August 2021. Whereas Colonel Sarma was appointed as the Indian Defence Adviser on 14 October 2019 and received his accreditation on 22 November 2019.

 


PEMERINTAH TDDB TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA PENASIHAT PERTAHANAN NIGERIA & INDIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BERAKAS GARISON, Rabu, 15 September 2022 – Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menerima dua kunjungan pengenalan pada pagi ini bertempat di Markas TDDB daripada Air Commodore Ehimen Aidemoata Ejodame, Penasihat Pertahanan Nigeria dan daripada Kolonel Sanjeev Vijaykumar Sarma, Penasihat Pertahanan India. Kedua-duanya adalah Penasihat Pertahanan yang bertempat di Kuala Lumpur, Malaysia ke Negara Brunei Darussalam.

Semasa perjumpaan tersebut, Pemerintah TDDB mengalu-alukan kedatangan Air Commodore Ejodame dan Kolonel Sarma ke Markas TDDB dan merakamkan penghargaan atas Kunjungan Pengenalan mereka ke Negara Brunei Darussalam. Kedua-dua pihak berharap untuk mewujudkan peluang untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala melalui pertukaran dan latihan di antara TDDB dan Tentera Darat Nigeria dan Tentera Darat India.

Air Commodore Ejodame telah dilantik sebagai Penasihat Pertahanan Nigeria pada tahun 2020 dan menerima akreditasinya pada 17 Ogos 2021. Manakala Kolonel Sarma dilantik sebagai Penasihat Pertahanan India pada 14 Oktober 2019 dan menerima akreditasinya pada 22 November 2019.