Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
OPENING CEREMONY OF EXERCISE MERTAK BERSATU SIRI 12/2022

TUTONG CAMP, Monday 12 September 2022 - The opening ceremony of the Exercise MERTAK BERSATU SIRI 12/2022 was held today at the Parade Square, Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF). The exercise will take place from 10 September 2022 until 19 September 2022, involving a total of 135 officers and personnel from the First Battalion RBLF (1Bn RBLF), Second Battalion RBLF (2Bn RBLF), Third Battalion RBLF (3Bn RBLF) and Third Battalion of Royal Ranger Regiment (3RRD) Malaysian Army.

Present to officiate the exercise was Lieutenant Colonel Haji Mohammad Ezan Sazali bin Haji Osman, Commanding Officer of 2Bn RBLF as the Guest of Honour (GOH). The ceremony was also attended by Major Jostin bin Seruling, Staff Officer Grade 2 Training 9th Brigade HQ Malaysian Army, Mejar Pengiran Hamzah bin Pengiran Ahmad Damit, Assistance Chief of Staff Training RBLF, Officers from the 3RRD Malaysian Army and 2Bn RBLF. The ceremony commenced with the parade's salute of honour commanded by Captain Abdul Qahhar bin Haji Abdul Mulok, followed by an inspection of the guards by Lieutenant Colonel Haji Mohammad Ezan Sazali bin Haji Osman, Commanding Officer of 2Bn RBLF. The ceremony then continued with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the welcoming remarks by the GOH.

The ceremony proceeded with the flag handover led by Captain Mohammad Nazrin bin Zainol Abidin of 3RRD Malaysian Army to Major Alimin bin Haji Ahamad of 2Bn RBLF. Followed by the officiating of Exercise MERTAK BERSATU SIRI 12/2022 by Lieutenant Colonel Haji Mohammad Ezan Sazali bin Haji Osman. The ceremony proceeded with the recitation of Doa Selamat and concluded with a photo session.

Exercise MERTAK BERSATU SIRI 12/2022 is the 12th army-to-army bilateral exercise conducted between the Mortar Platoon from RBLF's Infantry Unit and the Malaysian Army. The exercise aims to enhance the cooperation while fostering friendship between the two armies through professional sharing of knowledge and experience at all levels.


PEMBUKAAN EKSESAIS MERTAK BERSATU SIRI 12/2022 BRUNEI DARUSSALAM

PERKHEMAHAN TUTONG, Isnin, 12 September 2022 – Upacara Pembukaan Eksesais MERTAK BERSATU SIRI 12/2022 telah diadakan pada hari ini bertempat di Padang Kawad, Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB). Eksesais tersebut berlangsung dari 10 September 2022 hingga 19 September 2022, melibatkan seramai 135 pegawai dan anggota platun mertak yang terdiri daripada Batalion Pertama TDDB (1Bn TDDB), Batalion Kedua TDDB (2Bn TDDB) dan Batalion Ketiga TDDB (3Bn TDDB) dan Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja Tentera Darat Malaysia (3RRD TDM). 

Hadir bagi merasmikan Eksesais MERTAK BERSATU SIRI 12/2022 ialah Leftenan Kolonel Haji Mohammad Ezan Sazali bin Haji Osman, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB sebagai Tetamu Kehormat. Turut hadir menyaksikan upacara pembukaan tersebut ialah Mejar Jostin bin Seruling, Pegawai Turus 2 Latihan 9th Briged TDM, Mejar Pengiran Hamzah bin Pengiran Ahmad Damit, Penolong Ketua Staf Latihan TDDB, Pegawai-Pegawai dari 3RRD TDM dan 2Bn TDDB.

Majlis dimulakan dengan tabik hormat daripada perbarisan yang diketuai oleh Kapten Abdul Qahhar bin Haji Abdul Mulok dan diikuti dengan pemeriksaan kawalan oleh Leftenan Kolonel Haji Mohammad Ezan Sazali bin Haji Osman, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan disusuli dengan ucapan alu-aluan daripada Tetamu Kehormat majlis.

Penyerahan bendera unit kemudiannya dilaksanakan oleh Kapten Mohammad Nazrin bin Zainol Abidin, 3RRD TDM kepada Mejar Alimin bin Haji Ahamad, 2Bn TDDB.dan diikuti dengan perasmian Eksesais MERTAK BERSATU SIRI 12/2022 oleh Leftenan Kolonel Haji Mohammad Ezan Sazali bin Haji Osman. Majlis diteruskan dengan bacaan Doa Selamat dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Eksesais MERTAK BERSATU SIRI 12/2022 adalah latihan dua hala kali ke-12 dikendalikan antara Platun Mertak dari Unit-Unit TDDB dan TDM. Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan persahabatan melalui perkongsian ilmu dan pengalaman di semua peringkat.