PENUTUP TIRAI PERLAWANAN MENEMBAK LAND FORCE SKILL AT ARMS MEET 2022
PENANJONG GARISON, Rabu, 17 Ogos 2022 – Majlis Penutup bagi Perlawanan menembak Land Force Skills at Arms Meet 2022 (LFSAAM 2022) telah diadakan pada hari ini bertempat di Padang Tembak Binturan, Penanjong Garison. LFSAAM 2022 telah diadakan pada 11 Ogos 2022 sehingga 17 Ogos 2022 anjuran Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB).
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah TDDB. Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan-timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Pemangku Timbalan Pemerintah Angkatan Bersama, Ketua Inspektorat Unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pegawai-pegawai Kanan ABDB, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB.
Sejurus ketibaan, tetamu kehormat telah disambut oleh Leftenan Kolonel Azhar bin Matzan, Pengerusi LFSAAM 2022. Majlis dimulakan dengan Perlawanan akhir Rifle Match 5 (Falling Plate) yang telah disaksikan oleh tetamu kehormat dan pegawai-pegawai jemputan diikuti dengan Perlawanan Invitation Rifle Match dan Pertandingan Novelty Shoot.
Majlis seterusnya bergerak ke Grand Stand Galeri 1 bagi perbarisan tabik hormat yang diketuai oleh Mejar Haji Muhammad Faizi bin Haji Tarif. Majlis diteruskan dengan suai kenal bersama Ketua Kontinjen perlawanan diikuti dengan penyampaian hadiah Piala Pusingan kepada pemenang-pemenang. Muncul sebagai Johan Keseluruhan untuk LFSAAM 2022 ialah gabungan Batalion Bantu TDDB dan Khidmat Bantuan Kombat TDDB. Majlis diteruskan dengan ucapan penutup oleh tetamu kehormat dan sekali lagi menerima perbarisan tabik hormat diikuti dengan sesi bergambar ramai. Majlis kemudiannya diakhiri dengan sesi minum petang dan penyampaian hadiah kepada pemenang Novelty Shoot.
Diantara matlamat dan objektik perlawanan LFSAAM adalah meningkatkan lagi kerjasama sepasukan, mengenal dan memahirkan pengendalian senjata-senjata dan memupuk daya saing diantara unit-unit TDDB. Ianya juga adalah persiapan TDDB dalam pengendalian dan perlaksanaan kejohanan ASEAN Armies Rifles Meet (AARM) yang akan diadakan di Vietnam pada November 2022.