MAJLIS SAMBUTAN SEMPENA AWAL TAHUN 1444 HIJRAH PERINGKAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI BERAKAS GARISON, Jumaat, 05 Ogos 2022 - Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dengan kerjasama Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT), telah mengadakan Majlis Ceramah Khas sempena Sambutan Awal Tahun 1444 Hijrah telah diadakan bertempat di semua surau perkhemahan TDDB. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Brigadier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Pemerintah Medan TDDB, Ketua Staf TDDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan anggota-anggota TDDB. Majlis yang sama juga turut diadakan secara serentak di semua perkhemahan TDDB dengan dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Pemerintah, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan anggota-anggota di setiap unit termasuk Masjid Pulau Baru-Baru. Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan bacaan Tadarus Al-Quran berserta terjemahannya sebelum diteruskan dengan Ceramah Khas yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Fansuri Sharimi @ Mansur bin Mohamad Ali dari Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama yang bertajuk: "Bersabar, Berikhtiar, Bertawakkal dan Berdoa Menghadapi Ujian: Memacu Wawasan Negara" dan seterusnya penyampaian cenderahati. Majlis diakhiri dengan sembahyang Sunat Dhuha, bacaan Doa Peliharakan Negara dan Sultan dan diikuti dengan bacaan Selawat, Surah Al-Asr serta Tasbih Kaffarah.
|