Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
ROYAL BRUNEI LAND FORCE CELEBRATE NEW HIJRAH YEAR 1444

BERAKAS GARRISON, Friday, 29 July 2022 Congregational prayers to celebrate the new Islamic Year 1444 Hijrah were held at Mosques, Suraus and Religious Halls across the nation this evening. The Royal Brunei Land Force (RBLF) held similar ceremonies throughout RBLF camps to welcome the First Muharram of 1444 Hijrah. 

Present at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison was Lieutenant Colonel Mohammed Shalleh bin Haji Ismail, Head of Doctrine RBLF. Also present were Senior Officers, Officers and personnel of RBLF. Similar ceremonies were held at all RBLF camps attended by respective Senior Officers, Officers and personnel of RBLF including Pulau Baru-Baru Mosque.

 

The ceremony began with the end of year 1443 Hijrah Doa led by Imam Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile, Imam of Surau Al-Faizun. He then led the congregants through mass Maghrib prayer, the New Year 1444 Hijrah Doa and Sunnat Hajat prayer. The ceremony proceeded with Surah Yassin and Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. The ceremony concluded with congregational Isya' Prayers and a Closing Doa.

 The theme for the New Islamic Year 1444 is "Bersabar, berikhtiar, bertawakal dan berdoa menghadapi ujian : Memacu Wawasan Negara".

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SAMBUT AWAL TAHUN BARU 1444 HIJRAH

BERAKAS GARISON, Jumaat, 29 Julai 2022 – Sembahyang berjemaah bagi mengimarahkan sambutan Awal Tahun Baru 1444 Hijrah telah diadakan di masjid, surau dan balai-balai ibadat di seluruh negara pada petang ini. Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) juga telah mengadakan sembahyang serupa di seluruh perkhemahan TDDB untuk menyambut kedatangan Muharram pertama bagi 1444 Hijrah.

Hadir di Berakas Garison ialah Leftenan Kolonel Lieutenant Colonel Mohammed Shalleh, Ketua Doktrin TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB. Majlis yang sama juga turut diadakan secara serentak di semua perkhemahan TDDB dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB termasuk di Masjid Pulau Baru-Baru.

 

Majlis dimulakan dengan Doa Akhir Tahun 1443 Hijrah yang diketuai oleh Imam Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile, Imam Surau Al-Fa'izun. Diikuti dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, bacaan Doa Awal Tahun 1444 Hijrah dan seterusnya Sembahyang Sunat Hajat. Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Surah Yassin dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. Majlis diakhiri dengan Solat Fardhu Isya' berjemaah dan Doa Penutup.

 

Tema Sambutan Awal Tahun 1444 Hijrah ialah "Bersabar, berikhtiar, bertawakal dan berdoa menghadapi ujian : Memacu Wawasan Negara".