Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
PROMOTION CEREMONY FOR SENIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS AND JUNIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS OF SUPPORT BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE

PENANJONG GARRISON, Wednesday, 06 July 2022 – Support Battalion Royal Brunei Land Force (Sp Bn RBLF) held a promotion ceremony today for Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) at the Warrant Officers, Staff Sergeants and Sergeants' Mess, Penanjong Garrison; while the promotion ceremony for the Junior Non-Commissioned Officers (NCOs) took place at Sp Bn Cook House, Penanjong Garrison.

Present as the Guest of Honour (GOH) was Lieutenant Colonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Commanding Officer of Sp Bn RBLF. Also present at the ceremony were Officers and personnel of Sp Bn RBLF.

A total of 30 personnel were promoted, consisting of seven personnel promoted to Substantive Sergeant, five personnel promoted to Acting Sergeant, five personnel promoted to Substantive Corporal, eight personnel promoted to Acting Corporal, two personnel promoted to Substantive Lance Corporal and three personnel promoted to Acting Lance Corporal.

The ceremony commenced with the recital of Surah Al-Fatihah followed by the rank presentation by the GOH. The ceremony concluded with the signing of parchment and the recitation of Doa Selamat.

MAJLIS PENYAMPAIAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN DAN PTB-PTB RENDAH BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PENANJONG GARISON, Rabu, 06 Julai 2022 – Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bntu TDDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Pangkat pada hari ini bagi Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan & Sarjan, Penanjong Garison; manakala bagi Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Rendah bertempat di Rumah Masak Bn Bntu TDDB, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Pegawai Pemerintah Bn Bntu TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai dan anggota Bn Bntu TDDB.

Seramai 30 anggota Bn Bntu TDDB telah dinaikkan pangkat iaitu tujuh anggota telah dinaikkan pangkat ke pangkat Sarjan Tetap, lima anggota telah dinaikkan pangkat ke pangkat Pemangku Sarjan, lima anggota telah dinaikkan pangkat ke pangkat Koperal Tetap, lapan anggota telah dinaikkan pangkat ke pangkat Pemangku Koperal, dua anggota telah dinaikkan pangkat ke pangkat Lans Koperal Tetap dan tiga anggota telah dinaikkan pangkat ke pangkat Pemangku Lans Koperal.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan acara penyampaian pangkat yang telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat. Majlis kemudian diakhiri dengan penandatanganan lembaran kenangan dan bacaan doa selamat.