Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
THIRD BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE HONOURED OUTGOING AND INCOMING COMMANDING OFFICER

LUMUT CAMP, Friday, 01 July 2022 – The handover and takeover Parade Ceremony of the Commanding Officer of the Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) was held today at the 3Bn RBLF Parade Square, Lumut Camp. Present to witness the ceremony was Lieutenant Colonel Haji Mohammad Shannonizam bin Sulaiman, Field Commander of RBLF, officers and personnel of 3Bn RBLF.

The ceremony began with a parade salute to the outgoing 3Bn RBLF Commanding Officer, Lieutenant Colonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, who then inspected the parade consisting of 3Bn RBLF personnel led by Major Hisham bin Haji Mahmud. The ceremony proceeded with a speech from the outgoing 3Bn RBLF Commanding Officer followed by the signing of the Certificate of Handover of Duties of between Lieutenant Colonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi to Major Erawan bin Haji Abu Bakar, the new Commanding Officer of 3Bn RBLF.

As the new Commanding Officer of 3Bn RBLF, he then received a parade salute and inspected the parade followed by his speech where he emphasised on Spirituality; based on Faith and Taqwa, Discipline; a pillar of the profession in the military, Readiness; at a high level for ready to use and deploy, and Harmony; fostering the spirit of coup d'Esprit, to all the different levels of leadership in the battalion. The parade concluded with the recital of Doa Selamat read by Lance Corporal Muhammad Norasrin bin Abdul Rahim.


UPACARA PERTUKARAN PEGAWAI PEMERINTAH BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN LUMUT, Jumaat 01 Julai 2022 – Upacara Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah berlangsung pada hari ini bertempat di Padang Kawad 3Bn TDDB, Perkhemahan Lumut. Turut hadir bagi menyaksikan upacara tersebut ialah Leftenan Kolonel Haji Mohammad Shannonizam bin Sulaiman, Pemerintah Medan TDDB dan pegawai-pegawai serta anggota-anggota 3Bn TDDB.

Upacara perbarisan dimulakan dengan tabik hormat kepada Leftenan Kolonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB yang lama, dan seterusnya memeriksa barisan Kawalan Kehormatan terdiri daripada anggota-anggota 3Bn TDDB yang diketuai oleh Mejar Hisham bin Haji Mahmud. Upacara diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB yang lama diikuti dengan menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB iaitu di antara Leftenan Kolonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi dengan Yang Mulia Mejar Erawan bin Haji Abu Bakar, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB yang baru.

Sebagai Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB yang baru, beliau seterusnya menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan diikuti dengan ucapan yang mana beliau menekankan berberapa perkara iaitu Kerohanian berteraskan Iman dan Taqwa, Disiplin; merupakan tonggak profesion dalam ketenteraan, Kesiapsiagaan; ditahap yang tinggi untuk siap digunakan dan diaturgerak, dan Keharmonian; memupuk semangat satu pasukan yang harmoni, kepada seluruh lapisan kepimpinan di dalam batalion sebelum majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin Las Koperal Muhammad Norasrin bin Abdul Rahim