Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
PROMOTION FOR ROYAL BRUNEI LAND FORCE OFFICERS

BERAKAS GARRISON, Monday, 04 July 2022 - With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, a total of 54 Senior Officers and Officers of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) were promoted in the rank promotion ceremony today at the Officers' Mess, Berakas Garrison, of which 13 are Senior Officers and Officers of Royal Brunei Land Force (RBLF).

Present at the ceremony was Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), who also presented the rank insignias to all newly promoted officers.  Also present were Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence, Service Commanders, Commandants, Directors, Senior Officers, and Officers of the Ministry of Defence and RBAF, invited guests and family members.

Three RBLF Senior Officers were promoted to Substantive Colonel, which were Colonel Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, the first Field Commander of RBLF: Colonel Haji Mohammad Norfahssin bin Haji Abdul Karim, Head of Inspectorate Cell RBLF and Colonel Haji Abdul Mutalip bin Bujang, Commandant of Combat Service Support RBLF. Meanwhile, one Senior Officer was promoted to Substantive Lieutenant Colonel, four Officers to Substantive Major, one Officer to Acting Major and four Officers were promoted to Substantive Captain.



KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI-PEGAWAI TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Isnin, 04 Julai 2022 - Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 54 Pegawai Kanan dan Pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat dalam upacara kenaikan pangkat pada hari ini, bertempat di Mes Pegawai, Berakas Garison, di mana 13 daripadanya adalah terdiri daripada Pegawai Kanan dan Pegawai Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).

Hadir bagi menyempurnakan majlis kenaikan pangkat tersebut ialah Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan-komandan, Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan Pegawai-pegawai ABDB, jemputan khas serta keluarga anggota yang dinaikkan pangkat. 

Tiga Pegawai Kanan TDDB yang dinaikkan ke Kolonel Tetap, iaitu Kolonel Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah Medan TDDB yang pertama; Kolonel Haji Mohammad Norfahssin bin Haji Abdul Karim, Ketua Sel Inspektorat TDDB; Kolonel Haji Abdul Mutalip bin Bujang, Komandan Khidmat Bantuan Kombat TDDB. Manakala, seorang Pegawai Kanan dinaikkan ke Leftenan Kolonel Tetap, empat Pegawai dinaikkan ke Mejar Tetap, seorang Pegawai ke Pemangku Mejar dan empat Pegawai dinaikkan ke Kapten Tetap.