Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
COMMANDER OF ROYAL BRUNEI LAND FORCE PROMOTED TO BRIGADIER GENERAL


BOLKIAH GARRISON, Friday, 17 June 2022 – With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), the Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF), Colonel Saifulrizal bin Abdul Latif, today was promoted to the rank of Brigadier General, in a ceremony that took place at the Officers' Mess at Bolkiah Garrison.

The insignia presentation was presented by Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. Also present at the ceremony were Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abd. Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence, Acting Permanent Secretary and Senior Officers of the Ministry of Defence and RBAF, invited guests and family members.

The ceremony concluded with a Doa Selamat recited by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Acting Director of RBAF Religious Directorate (JAMA'AT) to bless the ceremony.

 



PEMERINTAH TENTERA DARAT DINAIKKAN KE PANGKAT BRIGEDIER JENERAL

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 17 Jun 2022 – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Colonel Saifulrizal bin Abdul Latif, pada hari ini telah dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral, bertempat di Mes Pegawai Bolkiah Garison.

Majlis kenaikan pangkat telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah  Brigadier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abd. Razak bin Haji Abdul Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB, jemputan-jemputan khas serta ahli keluarga.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT) bagi memberkati majlis tersebut