Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
ROYAL BRUNEI LAND FORCE HELD YASSIN AND TAHLIL AT THE ROYAL MAUSOLEUM


BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 16 May 2022 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) Commander, Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir and a total of 240 RBLF personnel paid a visit to the Royal Mausoleum to recite the Surah Yassin and Tahlil for the late Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman and Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah in conjunction with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 61st Anniversary.

Also present were Chief of Staff of RBLF, Senior Officers, Officers, Land Force Sergeant Major and RBLF personnel.

The ceremony commenced with the mass recitation of Surah Yassin and Tahlil. It concluded with the recital of doa led by Major Ariffin bin Amit, Staff Officer Grade 1 RBAF Religious Directorate (JAMA'AT)



TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS MEMBACA SURAH YASSIN DAN TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 16 Mei 2022 – Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir bersama 240 anggota TDDB telah menziarahi dan mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit Binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman and Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah sempena sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke 61 tahun.

Turut hadir ialah Ketua Staf TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, Sarjan Mejar Tentera Darat dan anggota-anggota TDDB.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil secara beramai-ramai dan diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Mejar Ariffin bin Amit, Pegawai Turus Tarbiyyah Jabatanarah Agama, ABDB (JAMA'AT).