Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
COMMANDER OF ROYAL BRUNEI LAND FORCE WORKING VISIT TO SUPPORT BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE AND SCHOOL OF INFANTRY ROYAL BRUNEI LAND FORCE


PENANJONG GARRISON, Thursday, 12 May 2022 – Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) has made a working visit to Support Battalion RBLF (Sp Bn RBLF) and School of Infantry RBLF (SI RBLF) at Sp Bn RBLF Headquarters, Penanjong Garrison. 

The Commander of RBLF and delegation was welcomed by Lieutenant Colonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Commanding Officer of Sp Bn RBLF and Lieutenant Colonel Haji Mohammed Airul Wizam bin Haji Ahmad, Commanding Officer of SI RBLF on arrival at the Sp Bn RBLF Headquarters. After a group photo session, the Commander of RBLF was presented with a brief by both Commanding Officers of Sp Bn RBLF and SI RBLF at the Headquarter's Meeting Room. The visit concluded by a session with the personnel of both units at the Cookhouse of Sp Bn RBLF where the Commander of RBLF presented his speech and had the opportunity to interact with officers and personnel. 

The visit reflects in showing care for the RBLF's strategic assets of both units in terms of equipment and personnel which are the driving force for RBLF, also in determining the administrative needs and in planning for success of an operations. While SI RBLF is responsible for producing a comprehensive syllabus and training framework that is current and relevant to current operational needs and scenarios.


KUNJUNGAN KERJA PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE BATALION BANTU DAN SEKOLAH INFANTRI TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PENANJONG GARISON, Khamis, 12 Mei 2022 – Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah membuat kunjungan kerja ke Batalion Bantu TDDB (Bn Bntu TDDB) dan diteruskan dengan kunjungan ke Sekolah Infantri TDDB (SI TDDB) bertempat di Markas Bn Bntu TDDB, Penanjong Garison.

Sejurus ketibaan di Markas Bn Bntu TDDB, Pemerintah TDDB dan rombongan telah disambut oleh Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Pegawai Pemerintah Bn Bntu TDDB dan Leftenan Kolonel Haji Mohammed Airul Wizam bin Haji Ahmad, Pegawai Pemerintah SI TDDB. Selepas sesi bergambar ramai, Pemerintah TDDB telah diberi taklimat oleh kedua-dua Pegawai Pemerintah berkenaan di Bilik Mesyuarat Markas dan kunjungan berakhir dengan sesi bersama anggota terlibat di Rumah Masak Bn Bntu TDDB. Melalui sesi perjumpaan itu, Pemerintah TDDB telah menyampaikan kata-kata nasihat dan peringatan kepada sekalian yang hadir termasuk anggota yang ikut serta secara maya, di samping berpeluang untuk berinteraksi bersama Pegawai - pegawai dan anggota kedua unit tersebut.

Lawatan ini mencerminkan pemedulian terhadap aset strategik TDDB dari kedua-dua unit sama ada kelengkapan mahu pun anggota yang merupakan penggerak utama TDDB, dan juga menentukan kelancaran pentadbiran serta perancangan yang mantap bagi kejayaan sesuatu operasi yang dilaksanakan. Manakala SI TDDB bertanggungjawab menghasilkan silibus serta struktur latihan yang relevan dan mengikut keperluan dan senario operasi terkini.