Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
COMMANDER ROYAL BRUNEI LAND FORCE RECEIVED A FAREWELL AND INTRODUCTRORY CALL FROM THE CHIEF OF OFFICE DEFENCE COOPERATION, US EMBASSY


BERAKAS GARRISON, Wednesday, 11 May 2022 – Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) received a simultaneous farewell and introductory call by Commander Randall D. Jones, the outgoing Chief of Office Defence Cooperation, United States Embassy and his successor, Lieutenant Commander Samuel S. Kim which was held at the RBLF Headquarters, Berakas Garrison.

During the session, Commander RBLF expressed his appreciation and utmost gratitude to Commander Randall for the robust bilateral cooperation notably in the defence and military sectors between the US and Brunei Darussalam throughout his tenure.

Commander RBLF also expressed pleasure with the ongoing bilateral military cooperation which includes the PAHLAWAN WARRIOR Exercise, Regional Jungle Warfare Symposium and multitude of courses offered by the US which has contributed significantly to the development and professionalism of RBLF personnel. This was followed by a short self-introduction by Lieutenant Commander Samuel S. Kim and it is hoped that the long existing bilateral interactions will continue to grow. The call followed with a luncheon hosted by the Commander of RBLF and concluded with a group photo session.





PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DAN KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA CHIEF OF OFFICE DEFENCE COOPERATION, KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT

BERAKAS GARISON, Rabu, 11 Mei 2022 – Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) pada hari ini telah menerima dua kunjungan secara serentak iaitu Kunjungan Perpisahan daripada Komander Randall D. Jones, mantan Chief of Office Defence Cooperation, Kedutaan Amerika Syarikat dan pengganti beliau, Leftenan Komander Samuel S. Kim bertempat di Markas TDDB, Berakas Garison.

Semasa sesi kunjungan, Pemerintah TDDB menzahirkan rasa penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Komander Randall atas jalinan persahabatan dan kerjasama yang sangat baik sepanjang perkhidmatan beliau, terutamanya dalam bidang pertahanan dan ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Negara Brunei Darussalam.

Pemerintah TDDB juga menyampaikan rasa penghargaan atas hubungan kerjasama yang berterusan antara kedua tentera merangkumi Eksesais PAHLAWAN WARRIOR, Regional Jungle Warfare Symposiumdan pelbagai kursus yang ditawarkan oleh Amerika Syarikat hingga menyumbang kepada pembangunan dan profesionalisme anggota TDDB. Kunjungan ini diteruskan dengan pengenalan diri secara ringkas dari Leftenan Komander Samuel S. Kim yang mana kedua-dua pihak berharap hubungan yang telah sekian lama terjalin itu akan terus diperkukuhkan dari masa ke semasa. Majlis Makan Tengahari yang dihoskan oleh Pemerintah TDDB turut diadakan dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.