
BRUNEI, Friday, 22 April 2022 – In conjunction with the holy month of Ramadhan 1443 Hijrah, Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) of Royal Brunei Land Force (RBLF) today conducted cemetery visits, cleaning campaigns and Tahlil to deceased RBLF personnel at various Muslim cemeteries in all districts concurrently.
Present for the visit at Kampong Batong Muslim Cemetery, Brunei Muara was Warrant Officer (WO) 1 Rosleen bin Haji Tujoh, Land Force Sergeant Major. Also present were SNCOs of RBLF as well as the family of the deceased. The visit commenced with the recitation of Tahlil and Doa Arwah followed by the cleaning campaign. The visit then concluded with a group photo session and the pouring of air asah-asahan over the grave of the deceased.
Similar visits were also organised by respective RBLF units at different cemetery grounds. Present at Kampong Pulaie Muslim Cemetery, Brunei Muara was WO1 Mohammad Haswandi bin Haji Paun, Regiment Sergeant Major (RSM) of First Battalion RBLF and WO1 Kifley bin Haji Johari, RSM of Second Battalion RBLF was present for the visit at Kampong Sengkarai Muslim Cemetery, Tutong.
Meanwhile, WO1 Muhammad Firdaus bin Haji Muhammad Said, RSM of Third Battalion RBLF was present for the visit at An'naem Anduki Muslim Cemetery, Lumut, Belait and WO1 Mahadi bin Haji Mohammed, RSM of Support Battalion RBLF was also present for the visit at Kampong Terunjing Baru Muslim Cemetery, Brunei Muara. Also present at all visit were SNCOs from respective units.
The cemetery visits and cleaning campaigns are part of charitable activities conducted by the RBLF during the holy month of Ramadhan. It also serves to enhance the spiritual development and cooperation amongst RBLF personnel as well as to encourage the desire to serve and contribute to society.


KEMPEN MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN DAN TAHLIL SEMPENA BULAN RAMADHAN 1443
BRUNEI, Juma'at, 22 April 2022 – Bersempena dengan bulan suci Ramadhan 1443, Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) pada hari ini mengadakan kunjungan dan seterusnya kempen kebersihan di tanah perkuburan anggota-anggota TDDB yang telah kembali ke Rahmatullah bertempat di beberapa tanah perkuburan Islam di semua daerah secara serentak.
Hadir bagi acara yang diadakan di Tanah Perkuburan Islam Kampong Batong, Brunei Muara ialah Pegawai Waran Kelas (PW) 1 Rosleen bin Haji Tujoh, Sarjan Mejar TDDB. Turut hadir ialah PTB-PTB Kanan TDDB serta ahli keluarga anggota yang telah kembali ke Rahmatullah. Acara dimulakan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah beramai-ramai diikuti dengan membersihkan tanah perkuburan. Acara diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan menyiram air asah-asahan.
Acara yang sama turut dilaksanakan oleh unit-unit TDDB secara serentak di tanah perkuburan Islam yang lain secara berasingan. Hadir bagi acara berkenaan di Tanah Perkuburan Islam Kampong Pulaie, Brunei Muara ialah PW1 Mohammad Haswandi bin Haji Paun, Sarjan Mejar Rejimen (SMR) Batalion Pertama TDDB dan PW1 Kifley bin Haji Johari, SMR Batalion Kedua TDDB hadir di Tanah Perkuburan Islam Kampong Sengkarai, Tutong.
Manakala, PW1 Muhammad Firdaus bin Haji Muhammad Said, SMR Batalion Ketiga TDDB hadir di Tanah Perkuburan Islam An'naem Anduki, Lumut, Belait dan PW1 Mahadi bin Haji Mohammed, SMR Batalion Bantu TDDB hadir di Tanah Perkuburan Islam Kampong Terunjing Baru, Brunei Muara. Turut hadir bagi acara-acara tersebut ialah PTB-PTB Kanan TDDB mengikut unit masing-masing.
Aktiviti seumpama ini merupakan antara aktiviti amal dan berkebajikan yang dikendalikan oleh TDDB sempena memperingati bulan suci Ramadhan. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kerohanian dan kerjasama di kalangan anggota serta memupuk semangat untuk menyumbang balik kepada masyarakat.