Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
ROYAL BRUNEI LAND FORCE INAUGURAL SUPERVISOR OCCUPATIONAL HEALTH AND SAFETY COURSE SERIES 01/2022

TUTONG CAMP, Monday, 17 January 2022 – The closing ceremony of the inaugural Supervisor for Occupational Health and Safety (OHS) Course was conducted today at Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) Cookhouse, Tutong Camp.

Present as the Guest of Honour was Colonel Azman bin Haji Bangkol, Deputy Commander of RBLF who is also a member of the OHS Steering Committee. Also in attendance were the Chief of Staff RBLF and RBLF Senior Officers.

The course commenced on 10 January 2022 which was officiated by Lieutenant Colonel Haji Norfahssin bin Haji Abdul Karim, Head of Inspectorate Unit RBLF and concluded on 12 January 2022.

A total of 55 participants attended the Supervisor for OHS Course Series 01/2022 consisting of 10 Officers, 37 Senior Non-Commissioned Officers (NCOs) and 8 Junior NCOs from units within the RBLF. The event continued with the certificate presentation and followed by a speech by the Guest of Honour who highlighted the course as a milestone for OHS in the RBLF as it serves to increase the skills and level of awareness of its supervisors. It is also part of the strategic target to increase the competency and achieve skilled personnel in OHS.  The ceremony concluded with the recital of Doa and a group photo session.

The course is planned to be conducted at least three times a year to give the RBLF personnel necessary knowledge, training, experience and qualification to be a competent OHS Manager or Supervisor in their respective units.


TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI JULUNG KALINYA MENGADAKAN KURSUS PENYELIA KESIHATAN DAN KESELAMATAN KERJA SIRI 01/ 2022

PERKHEMAHAN TUTONG, Isnin, 17 Januari 2022 – Majlis Penutup bagi Kursus Penyelia Kesihatan dan Keselamatan Kerja (KKK) peringkat Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah julung kalinya diadakan pada hari ini bertempat di Rumah Masak Batalion Kedua TDDB, Perkhemahan Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Timbalan Pemerintah TDDB yang juga merupakan ahli Komiti Jurupandu KKK TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Staf TDDB dan Pegawai-pegawai Kanan TDDB.

Kursus ini bermula 10 Januari 2022 yang mana pembukaan kursus dirasmikan oleh Leftenan Kolonel Haji Norfahssin bin Haji Abdul Karim, Ketua Unit Inspektorat TDDB dan berakhir pada 12 Januari 2022.

Seramai 55 peserta telah mengikuti Kursus Penyelia KKK Siri 01/2022 yang terdiri daripada 10 Pegawai, 37 Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan dan 8 PTB Rendah dari pelbagai unit di TDDB. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada para peserta dan diikuti dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat. Menerusi ucapan beliau, penekanan akan pentingnya kursus ini sebagai pencapaian signifikan TDDB dalam usaha meningkatkan kapasiti dan keupayaan bagi melaksanakan apa jua keperluan yang menyumbang kepada penaiktarafan tahap Kesihatan dan Keselamatan Kerja di dalam TDDB sekaligus memantapkan kemahiran dan menyemai kesedaran kepada semua peserta yang terlibat. Ia juga merupakan sasaran strategik untuk meningkatkan tahap kompetensi dan kemahiran anggota TDDB dari segi KKK. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa dan sesi bergambar ramai.

Kursus tersebut dirancang untuk dilaksanakan 3 kali setahun bagi memastikan anggota TDDB dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, latihan, pengalaman dan kelulusan atau kelayakan yang sewajarnya untuk menjadi seorang pengurus atau penyelia KKK yang terlatih di unit masing-masing.