Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
ROYAL BRUNEI LAND FORCE HOLDS JALINAN KASIH CEREMONY FOR SPECIAL NEEDS CHILDREN IN CONJUNCTION WITH THE ROYAL BRUNEI LAND FORCE DIAMOND JUBILEE

BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 03 December 2021 – In conjunction with the Royal Brunei Land Force (RBLF) Diamond Jubilee, RBLF carried out a charity event for special needs children in a Jalinan Kasih CeremonyA total of 70 recipients from 59 families of RBLF personnel received the donations which were raised from the proceeds of RBLF Welfare Fund, KOWIRA and personal contributions. The donations were carried out in accordance with the protocols that have been set by the Ministry of Health.

Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBLF handed over donations at the residences of respective recipients at Berakas Garrison. Also present to hand over donations at several separate venues were Deputy Commander of RBLF, Chief of Staff RBLF and Senior officers and Officers of RBLF. 

Upon arrival at a recipient's residence, the ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the presentation of donations and concluded with the recitation of Doa Selamat led by the accompanying officer.

Jalinan Kasih is a charitable activity to show concern for RBLF's special needs children and as part of RBLF's steadfast commitment to the welfare of its personnel in need.

JALINAN KASIH ANAK-ANAK ISTIMEWA 

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI 

SEMPENA JUBLI INTAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 03 Disember 2021 – Bersempena dengan Jubli Intan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), TDDB telah mengadakan Aktiviti Kebajikan kepada anak-anak istimewa yang dinamakan Acara Jalinan Kasih. Seramai 70 penerima daripada 59 keluarga anggota TDDB menerima sumbangan yang dikumpulkan daripada kutipan Tabung Kebajikan TDDB, KOWIRA dan sumbangan peribadi keluarga. Sumbangan tersebut telah dilaksanakan mengikut protokol yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB telah menyampaikan sumbangan derma di kediaman penerima di Berakas Garison. Turut hadir menyampaikan sumbangan di beberapa tempat berasingan ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Ketua Staf TDDB, Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai TDDB.

Sejurus tiba di kediaman penerima, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penyampaian sumbangan dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh pegawai pengiring.

Acara Jalinan Kasih merupakan acara kebajikan bagi menunjukkan keprihatinan terhadap anak-anak istimewa dan sebagai sebahagian daripada komitmen TDDB terhadap kebajikan anggota yang memerlukan.