Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
LEADERSHIP TALK BY THE COMMANDER OF ROYAL BRUNEI LAND FORCE


BERAKAS GARRISON, Thursday, 25 November 2021 – A Leadership Talk session by Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) took place today at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison. The talk was attended by 30 Officers with the rank of Captain across the RBLF in compliance with the Ministry of Health's guidelines.

The session was first blessed with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by the leadership talk by the Commander of RBLF. During the session, he reminded the officers about the role of leadership particularly in the RBLF. He also highlighted the importance of being prepared for all kinds of unexpected events through the practice of self-reflection and analysis. As leaders in RBLF, the Commander reminded the officers to always have the mindset of striving for improvement and development for the benefit of RBLF. He further encouraged all to have good situational awareness especially around the ever-changing and dynamic world of technology. 

The Commander of RBLF also highlighted that with the acquired knowledge, proper equipment and trained soldiers, the efficiency and effectiveness of the organisation would be boosted and enhanced. Moreover, he also encouraged RBLF officers to always have the mindset of being proactive and innovative towards materialising the vision and mission of both the RBLF and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). 

The Commander of RBLF also highlighted the concept of leadership of Prophet Muhammad SAW by sharing the history and lessons from 3 main battles from Islamic History namely the Battles of Badr, Uhud and Khandaq during the era of Prophet Muhammad (PBUH). During his closing remarks, the Commander of RBLF reminded officers to always have high self-motivation and determination as well as the drive to inspire their subordinates. The talk concluded with a question-and-answer session and the recitation of Doa.



SESI PERKONGSIAN LEADERSHIP TALK BERSAMA PEMERINTAH 

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Khamis, 25 November 2021 – Satu sesi Ceramah Kepimpinan yang disampaikan oleh Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Pahlawan, Berakas Garison. Hadir semasa ceramah tersebut ialah 30 Pegawai-pegawai berpangkat Kapten dari semua unit TDDB mengikut garis pandu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Sesi ceramah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan ceramah kepimpinan oleh Pemerintah TDDB. Semasa ceramah tersebut, beliau memperingatkan kepada semua pegawai tentang aspek kepimpinan khususnya di dalam organisasi TDDB. Di dalam ceramahnya, beliau menekankan pentingnya persediaan bagi sebarang kejadian yang tidak dijangka dengan mempraktikkan amalan muhasabah diri dan analisis. Sebagai pemimpin di TDDB, beliau juga mengingatkan Pegawai -pegawai agar sentiasa mempunyai minda untuk selalu berusaha dalam menambah baik dan memantapkan organisasi TDDB. Pemerintah TDDB juga menggalakkan Pegawai-pegawai untuk sentiasa mempunyai kesedaran situasi yang tinggi terutamanya di dunia teknologi yang sentiasa berubah dan dinamik. 

Pemerintah TDDB juga menggariskan bahawa dengan pengetahuan yang diperolehi, peralatan yang betul dan askar yang terlatih, kecekapan dan keberkesanan organisasi akan menjadi lebih efisien dan berkesan. Selain itu, beliau juga menggalakkan Pegawai-pegawai TDDB supaya sentiasa berfikiran proaktif, berinisiatif dan inovatif untuk merealisasikan visi dan misi TDDB khususnya dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) amnya.

Pemerintah TDDB juga mengongsikan tentang konsep kepimpinan Nabi Muhammad (SAW) dengan menceritakan sejarah dan iktibar daripada 3 peperangan utama dalam sejarah Islam iaitu Perang Badar, Uhud dan Khandaq pada zaman Nabi Muhammad (SAW). Dalam ucapan penutup beliau, Pemerintah TDDB mengingatkan supaya sentiasa mempunyai motivasi dan keazaman diri yang tinggi serta dorongan untuk selalu memberikan inspirasi kepada orang bawahan. Ceramah diakhiri dengan sesi soal jawab dan bacaan Doa.