Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
SENIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS OF FIRE AND SAFETY SERVICES, COMBAT SERVICE SUPPORT ROYAL BRUNEI LAND FORCE HANDED OVER DONATIONS TO THE FAMILY MEMBERS OF LATE SERGEANT SAIFUL BAHRI BIN HAJI MD JENIN


TUTONG CAMP, Wednesday, 24 November 2021 – The handing over of donations for the family members of the late Sergeant Saiful Bahrin bin Hj Md Jenin who passed away on 20 November 2021 was held today at the deceased's residence. 

The donations from the Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) of Fire and Safety Services, Combat Service Support, Royal Brunei Land Force (CSS, RBLF) was handed over by Warrant Officer 1 Khairul Amir bin Khamis, Regimental Sergeant Major of CSS RBLF.

The donations are part of the RBLF's initiative to alleviate the burden of the deceased's family. It also highlights the RBLF's concerns towards its personnel and their steadfast commitment to the welfare of the community in need.

PTB-PTB KANAN UNIT BOMBA DAN KESELAMATAN, KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SAMPAIKAN SUMBANG DERMA KEPADA AHLI KELUARGA SARJAN SAIFUL BAHRI BIN HAJI MD JENIN

PERKHEMAHAN TUTONG, Rabu, 24 November 2021 – Penyampaian sumbangan derma bagi ahli keluarga Allahyarham Sarjan Saiful Bahrin bin Hj Md Jenin yang telah kembali ke rahmatullah pada 20 November 2021 telah diadakan hari ini bertempat di kediaman keluarga Allahyarham.

Sumbangan derma daripada Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan, Unit Bomba dan Keselamatan, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB), telah diserahkan oleh Pegawai Waran 1 Khairul Amir bin Khamis, Sarjan Mejar Rejimen KBK TDDB.

Sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif TDDB untuk meringankan beban keluarga Allahyarham. Ia juga menandakan pemedulian dan keprihatinan TDDB terhadap anggota serta komitmen terhadap kebajikan anggota yang memerlukan pertolongan.