Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
RETIREMENT GIFT HANDOVER CEREMONY FOR RETIRED COMBAT SERVICE SUPPORT ROYAL BRUNEI LAND FORCE SENIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS


BERAKAS GARRISON, Wednesday, 24 November 2021 – Combat Services Support Royal Brunei Land Force (CSS RBLF) held a ceremony to handover retirement gifts to retired Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) and who were under the auspices of the Warrant Officers, Staff Sergeants and Sergeant`s Mess, Berakas Garrison. The ceremony was held at the Warrant Officers, Staff Sergeants and Sergeants' Mess, Berakas Garrison in accordance with the guidelines set by the Ministry of Health.

Present during the handover ceremony was Warrant Officer 1 Khairul Amir bin Khamis, Regimental Sergeant Major of CSS RBLF, who subsequently handed over the cheque to Warrant Officer 1 Zulkhibri bin Hj Salleh, President of Mess Committee (PMC) of the Warrant Officers, Staff Sergeants and Sergeants' Mess, Berakas Garrison to be presented to the retired personnel.

A total of 34 retired SNCOs received their retirement gifts consisting of 2 SNCOs from Headquarters CSS, 6 SNCOs from Logistic Depot, 10 SNCOs from Land Engineering, 8 SNCOs from Signal Squadron, 3 SNCOs from Fire & Safety Services and 5 SNCOs from Land Transport.

The ceremony aims to celebrate the retirement of SNCOs as well as to appreciate their contributions throughout their service in the Royal Brunei Armed Forces.

MAJLIS PENYERAHAN CENDERAHATI BAGI PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH DARI 

KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI YANG BERSARA

BERAKAS GARISON, Rabu, 24 November 2021 – Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) telah mengadakan majlis penyampaian cek cenderahati bagi Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan yang bersara dan di bawah naungan Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Berakas Garison. Majlis telah diadakan di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Berakas Garison mengikut garis pandu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Waran 1 Khairul Amir bin Khamis, Sarjan Mejar Rejimen, Khidmat Bantuan Kombat (RSM KBK TDDB) bagi menyerahkan cek cenderahati kepada Pegawai Waran 1  Zulkhibri bin Hj Salleh, Yang Di-Pertua Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Berakas Garison yang seterusnya akan diserahkan kepada anggota-anggota yang bersara.

Sebanyak 34 PTB Kanan yang telah bersara menerima hadiah persaraan mereka terdiri daripada 2 PTB Kanan Markas KBK TDDB, 6 PTB Kanan dari Depoh Logistik KBK TDDB, 10 PTB Kanan dari Kejuruteraan Darat KBK TDDB, 8 PTB Kanan dari Skuadron Semboyan KBK TDDB, 3 PTB Kanan dari Khidmat Bomba & Keselamatan KBK TDDB dan 5 PTB Kanan dari Kenderaan Pasukan KBK TDDB.

Majlis diadakan bertujuan bagi meraikan anggota yang bersara dan seterusnya menghargai perkhidmatan yang telah diberikan selama bertugas di dalam Angkatan  Bersenjata Diraja Brunei.