Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
PROMOTION CEREMONY FOR FIRST BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE PERSONNEL


BERAKAS GARRISON, Wednesday, 24 November 2021 – First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) held a promotion ceremony for 09 Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) at the Warrant Officer, Staff Sergeants and Sergeants' Mess, Berakas Garrison.

Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Fakhrul Ammar bin Hj Mohammad Isa, Commanding Officer of 1Bn RBLF. Also present at the ceremony were Second-in-Command (2IC) and Officers Commanding of 1Bn RBLF.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by the rank presentation by the guest of honour and the recitation of Doa Selamat. The ceremony concluded with a photo session and a signing of parchment by the guest of honour.

The promotion ceremony was held to celebrate 1Bn RBLF personnel who have been promoted, to show appreciation as well as to encourage the personnel to continue their service with sincerity and dedication. The ceremony was conducted in accordance with the guidelines from the Ministry of Health to control the spread of the COVID-19 epidemic in Brunei Darussalam.

MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI ANGGOTA-ANGGOTA BATALION PERTAMA 

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Rabu, 24 November 2021 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi 09 anggota Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan 1Bn TDDB bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Berakas Garison. 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Leftenan Kolonel Fakhrul Ammar bin Hj Mohammad Isa, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Pegawai Pemerintah dan Pegawai-Pegawai Memerintah 1Bn TDDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan penyampaian pangkat oleh tetamu kehormat majlis dan bacaan Doa Selamat. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan menandatangani lembaran kenangan.

Majlis kenaikan pangkat ini bertujuan untuk meraikan anggota-anggota yang telah dinaikkan pangkat dan sebagai penghargaan serta menggalakkan anggota-anggota yang diraikan untuk meneruskan perkhidmatan mereka dengan penuh ikhlas dan dedikasi.  Majlis telah dilaksanakan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan dalam langkah-langkah pengawalan penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.