Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
THIRD BATALLION ROYAL BRUNEI LAND FORCE PROVIDES TRANSPORTATION ASSISTANCE TO MINISTRY OF HEALTH MOBILE VACCINATION SERVICE


MUKIM LABI, Tuesday, 12 October 2021 – Task Group Bravo 4, Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) were deployed and provided transportation assistance for the Ministry of Health (MoH) MobileVaccination Service at Labi Health Clinic. The Mobile Vaccination Service will be held over two days from 12 October 2021 until 13 October 2021.

The transportation provided by 3Bn RBLF were three mini buses which were used to transfer residents of Mukim Labi from Bukit Sawat and Merangking Multi-purpose hall to Labi Health Clinic, where they will be vaccinated and had swab tests. The transportation provided was also used to deliver collected specimens of swab tests directly to Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait. Mobile vaccinations for the residents of Mukim Labi with health issues will also be conducted at their respective houses on the following day in accordance with the protocols that have been set by the Ministry of Health.

Such assistance highlights the RBLF's role in working closely with other units under the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) as well as other governmental and non-governmental agencies in efforts to combat the pandemic as part of the whole of Nation Approach.




BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI BERIKAN BANTUAN PENGANGKUTAN KEPADA KEMENTERIAN KESIHATAN BAGI PERKHIDMATAN VAKSINASI BERGERAK DI KLINIK KESIHATAN LABI

MUKIM LABI, Selasa, 12 Oktober 2021 – Task Group Bravo 4, Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah diaturgerak untuk memberikan bantuan pengangkutan kepada Kementerian Kesihatan bagi Perkhidmatan Vaksinasi Bergerak bertempat di Klinik Kesihatan Labi. Perkhidmatan Vaksinasi Bergerak ini akan diadakan selama dua hari bermula pada 12 Oktober 2021 sehingga 13 Oktober 2021.

Bantuan pengangkutan kenderaan yang disediakan oleh 3Bn TDDB itu adalah tiga buah bas mini yang digunakan bagi pengangkutan penduduk dari Bukit Sawat dan dari Dewan Serbaguna Merangking menuju ke Klinik Kesihatan Labi, di mana mereka telah menerima suntikan Vaksin COVID-19 serta ujian jaringan swab. Bantuan pengangkutan yang disediakan juga digunakan untuk mengirimkan semua hasil ujian jaringan swabyang dikumpulkan terus ke Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait. Vaksinasi bergerak untuk penduduk Mukim Labi yang menghadapi masalah kesihatan juga akan dilaksanakan di rumah masing-masing pada hari berikutnya, mengikut protokol yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Bantuan tersebut merupakan peranan TDDB dalam bekerjasama dengan unit-unit lain di bawah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan lain  dalam usaha menangani wabak melalui Pendekatan Senegara.