Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
ROYAL BRUNEI LAND FORCE PARTICIPATES VIRTUALLY IN THE OPENING CEREMONY OF THE DIKIR MAULUD 1443 HIJRAH BY THE MINISTRY OF DEFENCE AND ROYAL BRUNEI ARMED FORCES IN CONJUNCTION WITH THE MAULIDUR RASUL CELEBRATION


BERAKAS GARRISON, Thursday, 07 October 2021 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) participated in the opening ceremony for Dikir Maulud 1443 Hijrah by the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) via video teleconference in conjunction with the Maulidur Rasul celebration. 

Present as the guest of honour for the ceremony was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Bin Haji Mohd Yussof, Minister Of Defence II. Also present was Commander of RBAF, Permanent Secretary, Services Commanders, Joint Force Commander, Senior Officers, Officers and RBAF personnel.

The Dikir Maulud commenced with the recital of Sayyidul Istighfar and the recital of Surah Nabawiyahfollowed by Dikir Syarafil Anam and Dikir Marhaban. The ceremony concluded with Doa Peliharakan Sultan& Negara Brunei Darussalam, Surah Al-'Asr, Tasbih Kaffarah & Doa Kedua Ibu Bapa.

The Dikir Maulud will be held continuously for 12 nights at all RBLF suraus and units via video teleconference.



TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SERTAI MAJLIS PEMBUKAAN MALAM DIKIR MAULUD TAHUN 1443 HIJRAH BAGI KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SECARA DALAM TALIAN

BERAKAS GARISON, Khamis, 07 Oktober 2021 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menyertai Majlis Pembukaan Malam Dikir Maulud tahun 1443 bagi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) secara dalam talian sempena Sambutan Maulidur Rasul.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua. Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, Setiausaha Tetap, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Angkatan Bersama, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan bacaan Surah Nabawiyah diikuti dengan Dikir Syarafil Anam dan Dikir Marhaban. Majlis kemudian diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan & Negara Brunei Darussalam, Surah Al-'Asr, Tasbih Kaffarah & Doa Kedua Ibu Bapa.

Dikir Maulud ini akan diadakan selama 12 malam berturut-turut di surau-surau dalam perkhemahan TDDB secara dalam talian.