Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
FIRE AND SAFETY SERVICES, COMBAT SERVICE SUPPORT, ROYAL BRUNEI LAND FORCE CONDUCTED FIRE DRILL EXERCISE FOR STAFF AND FRONTLINERS AT COVID HOLDING AREA MA'HAD


TUTONG, Thursday, 16 September 2021 – Fire and Safety Services, Combat Service Support, Royal Brunei Land Force (CSS RBLF) in collaboration with Covid Holding Area Ma'had (CHAM) has conducted a Fire Safety Briefing and Training for staff at CHAM, Mahad Islam Brunei, Tutong.

The training started off with a briefing on fire awareness and a fire drill exercise conducted in the afternoon with CHAM staff and frontliners according to the zones within CHAM. 

During the exercise, CHAM staff and frontliners were briefed on the building evacuation plans to increase awareness on fire hazards, enhance knowledge on safety aspects in the workplace and readiness in executing their duties following the completion of the fire drill training exercise. 


KHIDMAT BOMBA DAN KESELAMATAN, KHIDMAT BANTUAN KOMBAT, TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI LAKSANAKAN LATIHAN KESELAMATAN KEBAKARAN UNTUK KAKITANGAN DAN PETUGAS-PETUGAS BARISAN HADAPAN COVID HOLDING AREA MA'HAD

TUTONG, Khamis, 16 September 2021 – Khidmat Bomba dan Keselamatan, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) dengan kerjasama dengan Covid Holding Area Ma'had (CHAM) telah mengadakan taklimat dan latihan keselamatan kebakaran untuk kakitangan dan petugas-petugas barisan hadapan bertempat di CHAM, Mahad Islam Brunei, Daerah Tutong.

Latihan dimulakan dengan taklimat mengenai kesedaran tentang kebakaran sebelum latihan keselamatan kebakaran dimulakan pada sesi petang di mana kakitangan dan petugas-petugas barisan hadapan CHAM telah melakukan latihan secara berkumpulan mengikut zon-zon yang ada di kawasan CHAM.

Taklimat dan latihan bertujuan untuk  memberi pendedahan kepada kakitangan dan petugas-petugas barisan hadapan CHAM mengenai cara-cara evakuasi selain memastikan kesiapsediaan kakitangan dan petugas-petugas barisan hadapan CHAM dalam melaksanakan tugas mereka. Di samping itu, ianya meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran serta meningkatkan pengetahuan mengenai aspek keselamatan di tempat kerja.