Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
SUPPORT BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE HOSTED THE INDO-PACIFIC ENDEAVOR EXERCISE 2021 MEETING


MUARA NAVAL BASE, Tuesday, 14 September 2021 – Combat Boat Squadron, Support Battalion Royal Brunei Land Force (Sp Bn RBLF) held the Indo-Pacific Endeavor Exercise 2021 meeting with the Royal Australian Regiment (RAR) via Video Teleconference in accordance with the regulations and COVID-19guidelines set by the Ministry of Health at the Logistics Alpha Meeting Room, Royal Brunei Naval Base.

This year's meeting was chaired by RBLF as the host of the Indo-Pacific Endeavor 2021. Representing RBLF at the meeting was Major Masmun bin Haji Kassim, Second-In-Command of Sp Bn RBLF, Captain Pg Ahmad Mukmin bin Pg Hj Ali Shahrun, Lieutenant Pg Muhd Khair bin Pg Haji Abdullah Sani, Second Warrant Officer Irwan bin Haji Ludin and Chief Petty Officer Kennedy bin Metussin.

The meeting commenced with opening remarks from Major Masmun bin Haji Kassim, followed by a speech by Captain Zachary Holtz, Second-In-Command of B Company, RAR. The meeting consisted of discussions and an exchange of opinions on River Patrol Operations from both sides. The meeting also included planning for the Exercise which was planned to be conducted physically in May 2022 and August 2022.

The main purpose of the meeting was to further strengthen the relationship between the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the RAR as well as to discuss the coordination of exercises. The meeting concluded with the signing of minutes of meeting and closing remarks.

BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI HOSKAN MESYUARAT EKSESAIS INDO-PACIFIC ENDEAVOUR 2021

PANGKALAN MUARA, Selasa, 14 September 2021 – Skuadron Bot Tempur, Batalion Bantu, Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) telah mengadakan Mesyuarat Eksesais Indo-Pacific Endeavour 2021 bersama Rejimen Diraja Australia yang telah diadakan secara talian dalam mematuhi peraturan dan garispandu COVID-19 yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan, bertempat di Bilik Mesyuarat Lojistik Alpha, Tentera Laut Diraja Brunei.  

Mesyuarat pada tahun ini telah dipengerusikan oleh TDDB selaku hos Eksesais Indo-Pacific Endeavour 2021.  Mewakili TDDB di mesyuarat tersebut adalah Mejar Masmun bin Haji Kassim, Timbalan Pegawai Pemerintah Batalion Bantu, Kapten Pg Ahmad Mukmin bin Pg Hj Ali Shahrun, Leftenan Pg Muhd Khair bin Pg Haji Abdullah Sani, Pegawai Waran 2 Irwan bin Haji Ludin dan Bintara Kanan Kennedy bin Metussin.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaan dari Mejar Masmun bin Haji Kassim diikuti dengan ucapan daripada Kapten Zachary Holtz , Penolong Pegawai Pemerintah Kompeni B, Rejimen Diraja Australia. Mesyuarat kemudian diteruskan dengan perbincangan penuh serta pertukaran pendapat mengenai Operasi Rondaan Perairan di antara kedua belah pihak dan disambung dengan perbincangan secara terperinci mengenai eksesais yang dirancang untuk diadakan pada Mei 2022 dan Ogos 2022.

Tujuan utama mesyuarat diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bersama Rejimen Diraja Australia serta membincangkan pengendalian dan pentadbiran Eksesais itu nanti. Mesyuarat di akhiri dengan acara menandatangani minit mesyuarat dan kata-kata penutup dari kedua belah pihak.