Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
COMMANDER OF ROYAL BRUNEI LAND FORCE CONVENED A VIRTUAL COURTESY CALL WITH THE CHIEF OF ARMY, SINGAPORE ARMED FORCES


BERAKAS GARRISON, Wednesday, 08 September 2021 – Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan,  Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) convened a virtual courtesy call with Major General Goh Si Hou, Chief of Army, Singapore Armed Forces (SAF) today at RBLF Headquarters.

During the call, both sides affirmed the longstanding defence relations between the two countries that have been continuously nurtured through engagements in various areas of cooperation including bilateral exercises, interactions and courses offered for RBLF personnel despite the limitations brought forth by the COVID-19 pandemic. 

The Commander of RBLF also expressed his appreciation to SAF for their contribution of medical equipment to the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Both sides also shared the roles of their respective armies as well as the best practices to curb the spread of COVID-19. 


PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT SECARA TALIAN BERSAMA PANGLIMA TENTERA DARAT, ANGKATAN BERSENJATA REPUBLIK SINGAPURA

BERAKAS GARISON, Rabu, 08 September 2021 – Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan kunjungan hormat secara talian bersama Mejar Jeneral Goh Si Hou, Panglima Tentera Darat, Angkatan Bersenjata Republik Singapura (ABRS) pada hari ini bertempat di Markas TDDB. 

Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua-dua pihak telah mengesahkan hubungan pertahanan kukuh yang telah sekian lama terjalin yang sememangnya akan terus dipupuk melalui penglibatan dalam pelbagai bidang kerjasama termasuk eksesais dua hala, interaksi persahabatan serta kursus yang ditawarkan untuk anggota TDDB walaupun terdapat cabaran hasil penularan COVID-19.

Pemerintah TDDB juga turut menyatakan penghargaan kepada ABRS di atas sumbangan peralatan perubatan kepada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Kedua-dua pihak juga membincangkan peranan dan tugas tentera darat masing-masing dan mengongsikan pengetahuan dan amalan terbaik untuk menangani penularan wabak COVID-19.