Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
HANDOVER CEREMONY OF MEDICAL EQUIPMENT FROM SINGAPORE ARMED FORCES TO THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES


BOLKIAH GARRISONWednesday, 08 September 2021 - In an effort to tackle the spread of the COVID-19 outbreak, the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) this morning received donations in the form of medical equipment from the Singapore Armed Forces (SAF). 

Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abdul Kadir, Joint Force Commander RBAF received the donation on behalf of the Ministry of Defence and RBAF from Colonel Yeo Joon Hua Desmond, Defence Adviser Singapore to Brunei Darussalam.

The donation which arrived in Brunei Darussalam on 07 September 2021 included Personal Protective Equipment (PPE) which consisted of 25,600 pieces N95 masks, 75,000 pieces surgical masks, 2,000 pieces surgical gloves, 1,000 pieces disposable gowns, 1,000 pieces surgical caps and 10,000 pieces Antigen Rapid Test Kit. 

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the recitation of COVID-19 Doa and Doa Peliharakan Sultan by Major Ariffin bin Amit, Deputy Head of the Religious Department RBAF. The ceremony continued with the official handover of the equipment, followed by a photo session and a briefing on the Antigen Rapid Test Kit by the Defence Adviser Singapore to Brunei Darussalam. 



MAJLIS PENYERAHAN RASMI SUMBANGAN KELENGKAPAN PERUBATAN DARIPADA ANGKATAN BERSENJATA REPUBLIK SINGAPURA KEPADA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

BOLKIAH GARISON, Rabu, 08 September 2021 - Dalam usaha untuk menangani penularan wabak COVID-19, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pagi tadi telah menerima dana sumbangan berbentuk kelengkapan perubatan daripada Angkatan Bersenjata Republik Singapura (ABRS).

Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abdul Kadir, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB telah menerima sumbangan tersebut bagi pihak Kementerian Pertahanan dan ABDB daripada Kolonel Yeo Joon Hua Desmond, Penasihat Pertahanan Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam.

Sumbangan yang tiba di Brunei Darussalam pada 07 September 2021 tersebut merangkumi Peralatan Perlindungan Diri (PPE) iaitu 25,600 helai N95 masks, 75,000 helai surgical masks, 2,000 helai surgical gloves, 1,000 helai disposable gowns, 1,000 helai surgical caps dan 10,000 buah Antigen Rapid Test Kit.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, bacaan Doa Khas COVID-19 dan Doa Peliharakan Sultan oleh Mejar Ariffin bin Amit, Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB. Majlis diteruskan dengan penyerahan rasmi sumbangan kelengkapan diikuti dengan sesi bergambar dan penerangan mengenai Antigen Rapid Test Kit oleh Penasihat Pertahanan Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam.