Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

5th Malaysia-Brunei Army to Army Talks 2021

BERAKAS GARRISON, Wednesday, 28 July 2021 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) hosted the 5th Malaysia-Brunei Army-to-Army Talks (A2AT) Virtual Teleconference with the Malaysian Army held at RBLF Headquarters.

The meeting began with an opening remarks by Colonel Azman bin Haji Bangkol, Deputy Commander of RBLF where he welcomed all the participants involved in the meeting.  The virtual conference was jointly Co-Chaired by Lieutenant Colonel Haji Haji Rony Zai bin Haji Zaini, Acting Chief of Staff RBLF and Brigadier General Baharuddin bin Ahmad, Director General, Operations and Training Branch Malaysian Army. Also present were Colonel Kamarudzaman bin Mohd Thani, Malaysia Defence Advisor to Brunei Darussalam, Officers from the RBLF Headquarters, Chief Instructor Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and representative Chief Instructor Training Institute RBAF.  

The purpose of the A2AT was to coordinate bilateral engagements such as visits, courses, meetings, military exercises and future engagements for 2022 in order to facilitate activities between the two Armies as well as to discuss future opportunities for cooperation.

The A2AT is held once a year hosted by both countries on an alternate basis and it was a key milestone to further elevate the close cooperation between the two armies. The previous 4th A2AT took place from 26 November 2020 via Virtual Teleconference when Malaysia hosted the events.



Mesyuarat kali ke 5 Malaysia-Brunei Army to Army Talks 2021

BERAKAS GARISON, Khamis, 28 Julai 2021 - Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan mesyuarat kali ke-5 Army-to-Army Talks (A2AT) 2021 secara atas talian bersama Tentera Darat Malaysia bertempat di Markas TDDB, Berakas Garison.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Timbalan Pemerintah TDDB di mana beliau mengalu-alukan kehadiran semua yang terlibat dalam mesyuarat tersebut.  Persidangan secara talian itu dipengerusikan bersama oleh Leftenan Kolonel Haji Haji Rony Zai bin Haji Zaini, Ketua Staf TDDB dan Brigedier Jeneral Baharuddin bin Ahmad, Ketua Pengarah Operasi dan Latihan Markas Tentera Darat Malaysia. Turut hadir adalah Kolonel Kamarudzaman bin Mohd Thani, Penasihat Pertahanan Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Pegawai-Pegawai Kanan dari Markas TDDB, Ketua Jurulatih Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan wakil Ketua Jurulatih Institut Latihan ABDB.

Tujuan A2AT 05/2021 adalah untuk menyelaraskan hubungan dua hala seperti lawatan, kursus, mesyuarat, eksesais ketenteraan dan perancangan masa hadapan bagi tahun 2022 untuk melancarkan aktiviti-aktiviti di antara kedua-dua Angkatan Tentera serta membincangkan peluang kerjasama di masa akan datang.

A2AT diadakan setiap tahun dan dihoskan oleh kedua-dua negara secara bergilir dan merupakan tonggak penting untuk meningkatkan lagi kerjasama erat di antara kedua-dua Angkatan Tentera. A2AT yang Ke 4 sebelumnya telah diadakan pada 26 November 2020 secara di atas talian yang dihoskan oleh Angkatan Tentera Malaysia.