Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

DENTAL SERVICES ROYAL BRUNEI LAND FORCE CELEBRATES GOLDEN JUBILEE ANNIVERSARY


BERAKAS GARRISON, Friday, 10 June 2022  A ceremonial parade to mark the Golden JubileeAnniversary of Dental Services Royal Brunei Land Force (DS RBLF) was held today at the Dental Services Building in Berakas Garrison.

Present as the Guest of Honour was Colonel Dr Jefri bin Haji Abdul Razak, Chief Dental Officer (CDO) of DSRBLF. Also present was the Chief of Staff RBLF, Acting Director Department of Dental Services from the Ministry of Health, Head of Inspectorate Unit RBLF, Senior Officers, Officers, invited guests, Land Force Sergeant Major, DS RBLF Sergeant Major, and personnel of DS RBLF. 

Upon arrival, CDO received the parade salute followed by parade inspection. The parade comprises of five officers and 38 military personnel of DS RBLF commanded by Major Dr Mohammad Hamiz bin Haji Jamil and accompanied by the Pipes and Drums Platoon of Second Battalion RBLF. 

CDO was then invited to deliver his speech where he highlighted the significant developments and growth shown by the Dental Services in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) since its inception 50 years ago. DS RBLF proficiently provided dental services to RBAF personnel and their dependents by ensuring their dental health, which has contributed greatly to RBAF's operational readiness. DS RBLF has shown adaptability toward an ever-evolving strategic environment to support RBAF in facing non-traditional threats, such as assisting in RBAF's effort in countering the COVID-19 pandemic. DS RBLF personnel have been deployed among swabbing teams at various isolation centres, COVID-19 laboratories, RBAF vaccination centres, call centres and have conducted basic swab training and have worked alongside front liners at BRIDEX hall, demonstrating high professionalism and adaptability of roles, which follows the 'Whole-of-Nation' approach.

In conjunction with the Golden Jubilee Anniversary of the RBLF Dental Services, CDO has officiated the RBLF Dental Services Strategic Plan 2022 in an effort to ensure that the RBLF Dental Services remain efficient in the future. DS RBLF Headquarters developed its strategic plan by aligning with three main documents: the Defence White Paper 2021, Commander RBAF's Guiding Principles 2022 and the Five Principles of Maqasid Syariah. The strategic plan aims to achieve the new vision of DS RBLF which is 'Excellence in Military Dental Services' and this will be the true direction for future development. He also highlighted various important achievements in the last 50 years, in terms of manpower, professional qualifications, the scope of services, infrastructure, and management of administration and clinical matters

In addition, to commemorating the Golden Jubilee Anniversary, CDO proudly announced the launch of the new official motto of DS RBLF, 'Cekap Berbakti'. Lastly, CDO expressed his sincere appreciation to all personnel of DS RBLF who are still in service and to those who are retired, for their contribution towards the progress and success of DS RBLF during the 50 years of its establishment.

The event continued with the recital of Doa Kesyukuran led by Sergeant Nazirul bin Haji Asmat from the RBAF Religious Directorate followed by a group photo session. The event then proceeded to the Warrant Officer, Staff Sergeant, and Sergeants' Mess, Berakas Garrison with the cutting of the Golden Jubilee cake followed by the showcasing of DS RBLF's Strategic Plan 2022 book and the new Nine-chapter Dental Services Standard Operating Procedure. The event continued with light refreshments and the presentation of souvenirs by the GOH to Senior Officers and invited guests, the event then concluded with the recital of Doa Selamat.  




MAJLIS SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN JUBLI EMAS KHIDMAT PERGIGIAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Jumaat, 10 Jun 2022 – Upacara perbarisan bagi Sambutan Hari Ulang Tahun Jubli Emas Khidmat Pergigian, Tentera Darat Diraja Brunei (KP TDDB) telah diadakan pada hari ini bertempat di bangunan Khidmat Pergigian Berakas, Berakas Garison.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Kolonel Dr Jefri bin Haji Abdul Razak, Ketua Pegawai Pergigian (KPP), TDDB. Turut hadir ialah Ketua Staf TDDB, Pemangku Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pergigian Kementerian Kesihatan, Ketua Inspektorat TDDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, Jemputan-Jemputan Khas, Sarjan Mejar Tentera Darat, Sarjan Mejar Khidmat Pergigian TDDB, dan anggota-anggota Khidmat Pergigian TDDB.

Sejurus ketibaan, tetamu kehormat majlis menerima tabik hormat daripada perbarisan diikuti dengan pemeriksaan perbarisan.  Perbarisan yang terdiri daripada lima pegawai dan 38 anggota Khidmat Pergigian TDDB, diperintah oleh Mejar Dr Mohammad Hamiz bin Haji Jamil, dan diiringi oleh Platun Serunai dan Tambur, Batalion Kedua TDDB. 

Yang Mulia Ketua Pegawai Pergigian kemudiannya dijemput untuk menyampaikan ucapan dimana beliau menyatakan mengenai pencapaian dan perkembangan yang telah dicapai oleh Khidmat Pergigian TDDB dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sejak penubuhannya 50 tahun yang lalu. Unit ini telah memberikan perkhidmatan pergigian yang cekap kepada warga ABDB serta keluarga, dalam menjamin kesihatan pergigian pesakit dan kesiapsiagaan operasi anggota tentera. Khidmat Pergigian berkebolehan menyesuaikan diri kepada arus perubahan persekitaran strategik untuk membantu ABDB menghadapi cabaran bukan tradisional, seperti membantu ABDB dan kerajaan membendung pandemik COVID-19. Anggota Khidmat Pergigian TDDB juga terlibat dalam pasukan swabbing di pusat-pusat pengasingan, Makmal COVID-19, Pusat Vaksinasi MRS, Pusat Panggilan dan perlaksanaan latihan asasi dan swabbing bagi Frontliners di BRIDEX, membuktikan tahap profesionalisme dan adaptasi peranan yang mengkagumkan disamping mendokong Pendekatan 'Whole-of-Nation'.

Bersempana Hari Ulang Tahun Jubli Emas Khidmat Pergigian TDDB ini juga, Ketua Pegawai Pergigian TDDB telah melancarkan Pelan Strategik Khidmat Pergigian TDDB 2022 dalam usaha bagi memastikan Khidmat Pergigian TDDB sentiasa melangkah kehadapan dengan efektif. Pelan Strategik Khidmat Pergigian TDDB 2022 ini telah dihasilkan oleh Markas Khidmat Pergigian dengan berdasarkan tiga dokumen utama iaitu: Kertas Putih Pertahanan 2021, Prinsip Panduan Pemerintah ABDB 2022 dan Lima Prinsip Maqasid Syariah. Pelan strategik ini bertujuan untuk mencapai visi baru Khidmat Pergigian TDDB iaitu 'Kecemerlangan dalam Khidmat Pergigian Tentera' dan memandu hala tuju ke masa hadapan. Beliau juga menghuraikan pelbagai pencapaian penting sejak 50 tahun penubuhan dari segi pengurusan dan perkembangan tenaga manusia, kelulusan profesional, skop perkhidmatan,  pembangunan infrastruktur, dan pengurusan tadbir dan klinikal yang teratur dan cekap. 

Ketua Pegawai Pergigian juga dengan bangganya mengumumkan pelancaran moto rasmi baru Khidmat Pergigian TDDB sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Jubli Emas yang bersejarah ini, iaitu 'Cekap Berbakti'. Terakhir sekali, Ketua Pegawai Pergigian juga tidak lupa merakamkan penghargaan terhadap anggota-anggota Khidmat Pergigian TDDB yang masih berkhidmat mahupun yang telah bersara atas kemajuan dan kejayaan Khidmat Pergigian TDDB sepanjang 50 tahun penubuhannya.

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Doa Kesyukuran yang dibacakan oleh Sarjan Nazirul bin Haji Asmat dari Jabatanarah Agama ABDB dan diikuti dengan sesi bergambar ramai. Upacara diteruskan di Mess Pegawai Waran, Staff Sarjan dan Sarjan, Berakas Garison bagi pemotongan kek Jubli Emas, pameran buku Pelan Strategik Khidmat Pergigian TDDB 2022 dan Sembilan-Bab Prosidur Tetap Khidmat Pergigian TDDB yang baru. Acara diteruskan lagi dengan jamuan ringan dan penyampaian cenderahati kepada Pegawai-pegawai Kanan dan jemputan-jemputan khas, acara kemudian diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.