Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

THIRD BATTALION OF ROYAL BRUNEI LAND FORCE CONDUCTS WEEKLY BASIC DRIVER WORKSHOP FOR PERSONNEL WHO RECEIVE THE MILITARY DRIVING LICENSE CLASS 3 THROUGH SPECIAL ENDORSEMENT

LUMUT CAMP, Wednesday, 22 December 2021 – The Military Transport Platoon from Third Battalion of Royal Brunei Land Force (MT Plt, 3Bn RBLF) has conducted a weekly basic driver workshop for the personnel who receive the military driving license class 3 through special endorsement from A, B and C Companies of 3Bn RBLF. The workshop was conducted in compliance with the guidelines stipulated by the Ministry of Health.

The workshop is being conducted every Wednesday to give room for the participants to understand basic driver skills for both theory and practical. The participants learnt the documents related to the vehicles and conduct individual practicals on how to inspect the safety and maintenance of the vehicles used. 

The purpose of the weekly workshop is to improve the skills and knowledge of 3Bn RBLF personnel in terms of their roles and responsibilities as drivers for MOD Vehicles Class 3. The workshop is also important to boost their confidence as drivers and in carrying the maintenance of the vehicles while carrying out their daily routine. Furthermore, all aspects of safety have been emphasised throughout this workshop especially their movement on public roads. 

BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENGENDALIKAN BENGKEL MINGGUAN ASAS PEMANDU KEPADA ANGGOTA-ANGGOTA YANG MENERIMA LESEN MEMANDU KELAS 3 KENDERAAN TENTERA SECARA ENDOSMEN KHAS

PERKHEMAHAN LUMUT, Rabu, 22 Disember 2021 – Pejabat Kenderaan Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (Pej Kdrn 3Bn TDDB) telah mengendalikan bengkel mingguan asas pemandu kepada anggota-anggota yang menerima lesen memandu kelas 3 kenderaan tentera secara endosmen khas daripada Kompeni A, B, C, 3Bn TDDB. Bengkel tersebut dijalankan mengikut garispandu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Bengkel ini diadakan setiap hari Rabu untuk memberi ruang kepada anggota-anggota dalam mengetahui asas memandu yang disampaikan secara teori dan praktikal. Anggota-anggota akan mempelajari semula pengisian dokumen-dokumen berkaitan dengan kenderaan dan praktikal yang dilakukan secara individu untuk membuat pemeriksaan terhadap keselamatan dan pemeliharaan kenderaan yang digunakan.

Tujuan bengkel mingguan ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota-anggota 3Bn TDDB dalam asas peranan dan tanggungjawab seorang pemandu dalam mengendalikan kenderaan-kenderaan MOD Kelas 3. Bengkel ini adalah sangat penting dalam meningkatkan keyakinan diri sebagai seorang pemandu dan penjagaan kenderaan ketika menjalankan tugas harian. Di samping itu, aspek keselamatan juga ditekankan di sepanjang bengkel terutama sekali pergerakan di atas jalan raya awam.