Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

THIRD BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE CONDUCTED A DRONE WORKSHOP


LUMUT CAMP, Thursday, 16 December 2021 – The Intelligence Section from Third Battalion of Royal Brunei Land Force (Int Sect, 3Bn RBLF) has conducted a Drone Usage and Flight Procedure Course for the personnel of A, B and C Companies of 3Bn RBLF. A total of 30 personnel attended the three-day course which was held from 14 December 2021 until 16 December 2021 in accordance with the guidelines from the Ministry of Health.

Throughout this workshop, the participants were taught about the laws of use of drones and their relation to the Department of Civil Aviation Brunei (DCA) as well as on how to operate the Drone with precaution. Drone flight lessons were held day and night to familiarise all personnel to pilot the drones regardless of the time.

The purpose of this workshop was to train and qualify 3Bn RBLF personnel to the usage of the Mavic 2 Enterprise Advanced Drone and to fulfil the operational requirements of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). This workshop serves to enhance the preparedness and readiness of the Infantry Battalion specifically in executing any operations using Drones in a challenging situation. Furthermore, all aspects of safety whilst operating the Drone in a high-risk area is also emphasised. 

BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KENDALIKAN BENGKEL DRON

PERKHEMAHAN LUMUT, Khamis 16 Disember 2021 – Seksyen Perisikan Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (Sek Psk 3Bn TDDB) telah mengendalikan bengkel mengenai Tatacara Penggunaan dan Penerbangan dron kepada anggota-anggota daripada Kompeni A, B dan C, 3Bn TDDB. Seramai 30 anggota telah menghadiri bengkel selama tiga hari tersebut yang mana telah dijalankan bermula pada 14 December 2021 hingga 16 December 2021 mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Di sepanjang bengkel ini diadakan, anggota-anggota diajar tentang undang-undang penggunaan dron dan yang berkaitan dengan Jabatan Penerbangan Awam serta tatacara penggunaan dron dengan betul dan waspada. Bengkel penerbangan dron dilaksanakan pada waktu siang dan malam bagi membiasakan semua anggota untuk membuat penerbangan tanpa menghiraukan waktu.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk melatih dan melayakkan anggota-anggota 3Bn TDDB untuk menggunakan Dron Mavic 2 Enterprise Advanced dan seterusnya memenuhi keperluan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Bengkel ini adalah sangat penting dalam memajukan lagi kesiapsiagaan dan kesedian Batalion Infantri khususnya kebolehan dalam melaksanakan operasi dengan menggunakan Dron dalam situasi yang mencabar. Disamping itu, aspek kesalamatan kelengkapan juga ditekankan disepanjang bengkel terutama sekali beroperasi di kawasan yang berisiko tinggi.