Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
ROYAL BRUNEI LAND FORCE CONCLUDES DIKIR MAULUD 1442H

BERAKAS GARRISON, Wednesday, 28 October 2020 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) concluded its series of 12 nights of Dikir Maulud 1442H across all RBLF suraus to commemorate the birth of Prophet Muhammad, peace and blessings be upon him.

Attending the event as the guest of honour at Surau Al- Fai'zun, Berakas Garrison was Colonel Azman bin Haji Bangkol, Deputy Commander of RBLF. Also present were Chief of Staff of RBLF, senior officers, officers and other RBLF personnel. The ceremony began after a mass Maghrib prayers with the recitation of Surah Al-Fatihah, Tahlil and Dikir Syarafil Anam. The event concluded with Dikir Marhaban, closing doa and doa Peliharakan Sultan after a mass Isyak prayers.

Dikir Maulud ceremonies were also held at Surau Pengiran Ratna Indera, Tutong Camp, Surau Ar-Rahmah, Lumut Camp, Surau Al-Quwwah, Bangar Camp, Pulau Baru-Baru Mosque and Surau Al-Hikmah Penanjong Garrison. Present at the event were Commanding Officers, senior officers, officers and personnel from each respective camps.


MAJLIS PENUTUP DIKIR MAULUD 1442H DI TDDB

BERAKAS GARISON, Rabu, 28 Oktober 2020 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Penutup Dikir Maulud yang telah berlangsung selama 12 malam berturut - turut di seluruh Surau Perkhemahan TDDB bersempena memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Hadir selaku tetamu kehormat di Surau Al-Fai'zun, Berakas Garison ialah Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Timbalan Pemerintah TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Staf TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB. Acara dimulakan selepas menunaikan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah dengan bacaan Surah Al - Fatihah, Tahlil dan Dikir Syarafil Anam. Majlis diakhiri dengan Dikir Marhaban, bacaan doa penutup dan doa Peliharakan Sultan selepas menunaikan sembahyang fardhu Isyak berjemaah.

Majlis Maulidur Rasul juga diadakan di Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong, Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut, Surau Al-Quwwah, Perkhemahan Bangar, Masjid Pulau Baru-Baru dan Surau Al-Hikmah Penanjong Garison. Hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai Pemerintah Batalion, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari setiap perkhemahan yang terlibat.