Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
RBLF FEMALE PERSONNEL HELD DIKIR MAULUD CEREMONY AT SURAU AL- FAI’ZUN, BERAKAS GARRISON

BERAKAS GARRISON, Monday, 26 October 2020 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) female personnel today held a Dikir Maulud ceremony in conjunction with the Maulidur Rasul celebration 1442H at Surau Al-Fai'zun, Berakas Garrison. Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Dr Norinda binti Haji Tengah, Dental Officer, Dental Services Berakas, Combat Service Support (CSS), RBLF.

The arrival of the guest of honour was received by Lieutenant Halimatul Azimah binti Haji Azamain, Quartermaster Officer of Company Headquarters RBLF. Also present at the ceremony were female senior officer, officers as well as Senior Ranks and Junior Ranks of female personnel in the RBLF. The ceremony commenced with the recital of Surah Al-Fatihah, followed with the Tazkirah Maulud delivered by Captain Noria Fatriah binti Haji Mutalif, Religious Officer, Religious Department of Royal Brunei Armed Forces (JAMAAT), Dikir Syarafil Anam and Dikir Marhaban. The event concluded with closing doa and photo session.


MAJLIS DIKIR MAULUD PERINGKAT ASKAR WANITA TDDB DI SURAU AL-FAI'ZUN, BERAKAS GARISON

BERAKAS GARISON, Isnin, 26 Oktober 2020 – Majlis Dikir Maulud Peringkat Askar Wanita Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah diadakan pada hari ini sempena Sambutan Maulidur Rasul 1442H bertempat di Surau Al-Fai'zun, Berakas Garison. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Leftenan Kolonel Dr Norinda binti Haji Tengah, Pegawai Pergigian, Khidmat Pergigian Berakas, Khidmat Bantuan Kombat (KBK) TDDB.

Ketibaan tetamu kehormat disambut oleh Leftenan Halimatul Azimah binti Haji Azamain, Pegawai Kuartermaster, Kompeni Markas TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan dan PTB Rendah Askar Wanita TDDB. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan Tazkirah Maulud yang disampaikan oleh Kapten Noria Fatriah binti Haji Mutalif, Pegawai Agama, Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMAAT), Dikir Syarafil Anam dan Dikir Marhaban. Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup dan sesi bergambar ramai.