Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
RBLF COMMANDER ATTENDS DIKIR MAULUD CELEBRATION AT SURAU AL-BARAKAH

RIMBA AIR FORCE BASE, Saturday, 24 October 2020 – The Maulidur Rasul celebration continued to be held for 12 night throughout the country. Today, a delegation from the Royal Brunei Land Force (RBLF) attended Dikir Maulud at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base. The delegation was led by Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF). Also present were Chief of Staff of RBLF, senior officers and officers of RBLF.

Upon arrival, the Commander of RBLF and delegation was received by Colonel (U) Abdul Rahman bin Haji Durahman, Deputy Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), Commander of Operations Group, RBAirF, Head of Inspectorate and Chief of Staff of RBAirF. The ceremony started with a mass Maghrib Prayer, followed by recitation of Surah Yassin and Tahlil, mass Isyak Prayer, Dikir Marhaban and concluded with closing doa.


PEMERINTAH TDDB HADIRI MAJLIS DIKIR MAULUD DI SURAU AL-BARAKAH


PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Sabtu, 24 Oktober 2020 – Sambutan Maulidur Rasul diteruskan lagi selama 12 malam berturut-turut di seluruh negara. Pada hari ini, rombongan dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menghadiri Dikir Maulud bertempat di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Hadir selaku ketua rombongan ialah Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB. Rombongan TDDB yang turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Staf TDDB, Pegawai-pegawai Kanan dan pegawai-pegawai TDDB.

Kehadiran Pemerintah TDDB dan rombongan dialu-alukan oleh Kolonel (U) Abdul Rahman bin Haji Durahman, Timbalan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Ketua Inspektorat TUDB dan Ketua Staf TUDB. Acara dimulai dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, diteruskan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil, sembahyang Fardhu Isyak berjemaah, Dikir Marhaban dan diakhiri dengan bacaan doa penutup.